Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Beautiful Malaysia - Sabah

Topik Seks - Khas Untuk Lelaki

Topik Seks - Khas Untuk Wanita

Artikel Berkaitan

PKR Anjur "Catwalk Candidate"...Kita Tingu Siapa Bakal Calon PKR Sabah

Penulis : Unknown on Wednesday 27 February 2013 | 13:52

Wednesday 27 February 2013

PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR) buat pertama kalinya bakal memperkenalkan calon PRU-13 menerusi acara "Catwalk Candidate" pada Konvensyen PKR yang dijadualkan pada 5 Mac 2013 ini.

Menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, ia antara strategi mereka untuk mendapatkan sokongan rakyat. Betul ka tu?????......Hahahaha.....
 
“Kita mungkin pilih dalam 30 paling terbaik dan ‘terpanas’,” katanya pada taklimat kepada kakitangan Suara Keadilan  di sebuah hotel di ibu negara, pada 21 Februari 2013 yang lepas.

“Untuk acara ini, kita kena yakinkan pengundi bahawa calon kita paling sedia dan ‘panas’. Kita akan pamerkan di kalangan calon wanita muda dan calon profesional".

Naaaaa......inilah masanya kita di Sabah ini mahu tingu siapa bakal calon PKR Sabah dalam PRU-13 akan datang ini. Adakah bakal calon-calon ini tergolong dalam "terbaik" dan "terpanas"??? Kita tunggu sahaja.

TAPI kenapa hanya 30 orang sahaja yang akan disuruh "catwalk" tu? Kenapa tidak semua bakal calon yang akan buat "catwalk"???.....bilang mahu yakinkan pengundi tapi 30 orang sahaja? Sepatutnya 222 orang bakal calon Parlimen PKR disuruh "catwalk" semua.....dalam 30 minit jak tu. Takkan tidak mampu??? Atau hanya gimik sahaja?

Apapun.....kalaulah acara "catwalk" tu betul-betul bertujuan untuk menampilkan calon yang "terbaik" dan "terpantas", kita cabar PKR supaya menonjolkan semua 25 bakal calon Parlimen dari negeri Sabah untuk ditunjukkan kepada rakyat. Kasi puas lah hati penyokong PKR kmurang tu di Sabah ni.....naaa....barulah kmurang dapat sokongan. Pengundi di Sabah mahu tingu juga adakah bakal 25 orang calon PKR termasuk juga golongan "Pemimpin Kitaran Semula" ka, "Ayam Tua Reject" ka, "Katak Melompat" ka atau calon baru yang "terpanas".

Bha....apa lagi......



comments | | Read More...

"Gelombang Biru" Tatap Cengkam Sabah...Usaha Sia-Sia Pembangkang "Useless"

"GELOMBANG BIRU" tatap cengkam Sabah"....itulah antara ungkapan yang amat ditakuti oleh parti-parti politik pembangkang utama di Sabah sekarang ini iaitu PKR, SAPP, STAR. Parti DAP dan PAS pula tidak tersenarai dalam senarai tersebut kerana dua parti berkenaan tergolong sebagai "ikan bilis" di Sabah ini.
 
Sementara Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) pula hanya sekadar pengacau dan menumpukan "play safe" kerana mempunyai agenda peribadi yang tidak mendapat sokongan Pakatan Rakyat. Hakikatnya ialah semua tidak kuat pun. Hahaha.....
 
Bagi mengambil hati penyokong-penyokong, parti-parti berkenaan sentiasa terdesak dengan melancarkan perang psikologi kononnya mereka mampu menguasai 140 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dengan menjadikan kemenangan di Sabah, Sarawak dan Johor bakal memberikan mereka majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan.
 
Batul ka itu ah??? Budak kacil pun buli buat kesimpulan iaitu.....klu PKR, SAPP dan STAR tidak sebulu dan sentiasa bertelagah, usahkan kerusi, bangku pun merika tidak buli ambil. Rakyat garenti tidak sukung punya. Hahahaha....
Menurut satu sumber, menjelang saat akhir menjelang PRU-13, risikan di peringkat dalaman gabungan pembangkang menunjukkan mereka akan kehilangan banyak kerusi. Perkembangan terbaru itu sedikit sebanyak membuatkan pemimpin-pemimpin pembangkang mulai resah.
Persepsi positif yang ingin ditonjolkan oleh pembangkang seperti mana yang disiarkan oleh portal berita The Malaysian Insider, sebenarnya tidak mencerminkan apa yang berlaku dalam gabungan pakatan pembangkang ketika ini. Biarpun diperingkat kepimpinan tertinggi DAP, PAS dan Parti PKR nampak segalanya berjalan lancar, di peringkat akar umbi lain pula ceritanya.
 
Bagi Parti SAPP dan STAR pula, ketidaksefahaman yang berlaku antara mereka menjejaskan peluang Pakatan Rakyat di Sabah ini. SAPP dan STAR mempunyai agenda masing-masing kerana tidak mahu mengikut telunjuk PR. Bagi PR pula, situasi tersebut sememangnya menjadi ancaman terhadap sokongan pengundi ke atas mereka. Apa yang pasti ialah pengundi akan berbelah bahagi untuk menyokong mereka.
Tinjauan bebas yang memihak kepada gabungan pembangkang hasil tinjauan sumber yang tidak dinamakan itu, mereka sengaja mencipta perang psikologi untuk meningkatkan keyakinan di kalangan penyokong mereka. Dan dalam masa yang sama untuk membuatkan Barisan Nasional (BN) berasa goyah. Sedangkan hakikatnya, keyakinan rakyat terhadap BN kebelakangan ini semakin bertambah dan penerimaan rakyat hari ini tidak sama seperti mana yang berlaku pada 2008.
 
Menurut analisis, BN mampu menang sehingga 165 kerusi Parlimen, menambah 25 kerusi. Sementara gabungan pembangkang dijangka hanya mampu mempertahankan 57 kerusi – hilang hampir separuh daripada kerusi yang dimenangi. Sumber itu juga menyebut PAS bakal kehilangan lima kerusi, terutama di Kedah dan Kelantan.
Sementara DAP pula bakal kehilangan empat kerusi terutama di Perak dan Selangor, mungkin juga di  Pulau Pinang. PKR pula dikatakan akan mengalami kejutan lebih hebat dan dijangka hanya mampu mempertahankan 16 kerusi parlimen. Kerusi yang hilang kebanyakkannya di Selangor, Kedah dan Wilayah Persekutuan.
 
Melalui analisa yang dibuat oleh Economist Intelligence Unit (EIU), sebahagian daripada majalah terkenal berpangkalan di London, The Economist, lebih berpaksikan kepada realiti sebenar. Dalam kenyataannya, EIU meramalkan BN akan memenangi PRU-13 berdasarkan kepada rekod pencapaiannya yang baik, agenda pembaharuan yang dilakukan oleh Perdana Menteri serta kepimpinan ekonomi beliau yang berjaya.
Menurut laporan itu lagi, ia berbeza dengan gabungan pembangkang yang hanya pandai membuat janji untuk mendapatkan kuasa di mana ia dilihat sebagai penghalang terbesar kepada pembangkang untuk memenangi hati rakyat walaupun mereka sendiri menyedari tidak sesuai dan sesuatu yang amat sukar untuk melaksanakan semua janji-janji kempen mereka.
Walaupun mungkin ada yang percaya dan yakin dengan kemampuan pembangkang, dalam membuat perkiraan, ia perlu melihat kepada realiti semasa. Situasi hari ini jauh berbeza dengan apa yang berlaku pada 2008. Malah isu yang timbul juga berbeza.
 
comments (1) | | Read More...

PKR Sabah : "Huguan Siou" Sebenar KDM Adalah Anwar...Pairin Hanya HS "Tiruan"

Penulis : Unknown on Friday 15 February 2013 | 12:48

Friday 15 February 2013

PAKATAN Parti pembangkang di Sabah yang diketuai oleh PKR khususnya di Parlimen Ranau telah mengiktiraf Anwar Ibrahim sebagai "Huguon Siou" sebenar masyarakat KDM. Ini telah menidakkan gelaran "Huguon Siou" yang dipegang oleh Datuk Pairin Kitingan sebagai pemimpin KDM Sabah.

Gelaran tersebut telah diberikan oleh PKR Ranau kepada Anwar semasa program PKR di Kg. Paginatan, Ranau pada 10.2.2013 yang lepas.

Malah ada penyokong PKR lain yang menganggap bahawa gelaran "Huguon Siou" yang dipegang oleh Datuk Pairin adalah tidak sah dan tidak asli/tiruan. Oleh sebab itu,  gelaran "Huguon Siou" yang dipegang oleh Datuk Pairin harus dilucutkan. 


Antara reaksi penyokong PKR Sabah ialah :

Gelaran "Huguon Siou" yang dipegang oleh Datuk Pairin patut dilucutkan kerana :

1. "Huguon Siou" Malaysia yang sebenar adalah Anwar Ibrahim. Hanya satu gelaran tertinggi boleh dipegang dalam satu masa yang mewakili masyarakat KDM Sabah.

2. Penyokong PKR dari kalangan KDM tidak dapat membuat reformasi dalam KDM jika ia masih dipegang oleh Datuk Pairin dan memerlukan pemimpin baru seperti Anwar yang mempunyai jaringan hubungan luar negara yang luas.

3. Anwar adalah pejuang KDM yang sebenar di Sabah, layak dinobatkan sebagai "Huguon Siou" walaupun beliau bukan KDM.

4. Gelaran "Huguon Siou" boleh diberikan kepada sesiapa sahaja apabila ia berkaitan dengan politik.

5. Penobatan  "Huguon Siou" kepada Anwar Ibrahim adalah usaha untuk menyatukan kaum KDM yang berpecah fahaman politik supaya menyokong perjuangan baru PKR Sabah.

Apa Reaksi Anda sebagai KDM yang lain???

Jonathan Yassin-Ketua Cabang PKR Ranau Dalam Komen Rasa Bersalahnya???


 Komen Joseph Lakai, KDM - Orang Kuat SAPP



Komen Tony Minggir - Orang Kuat UBF/STAR







comments (3) | | Read More...

Sempena Lawatan PM : Wilfred Bumburing "Kecut" Hilang Pergi Ke Tempat Massage???

Penulis : Unknown on Thursday 14 February 2013 | 14:27

Thursday 14 February 2013

ALKISAH CHERITERA CERITA yang menceritakan gelagat Datuk Wilfred Bumburing Bos Kepada Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang berpusatkan di Tuaran tu. Menurut sumber, Wilfred Bumburing "kecut" apabila mendengar dan melihat kehadiran ribuan orang ramai bagi menyambut kehadiran PM ke Tuaran hari ini (14.2.2013).

Wilfred Bumburing dikatakan pada sebelah awalnya telah meninjau sendiri kehadiran orang ramai yang menunggu kehadiran PM tetapi tidak keluar dari kenderaannya kerana takut dikenali orang ramai. Menurut sumber juga, Wilfred Bumburing telah mengerahkan pengikut-pengikutnya untuk berada di lokasi program bagi memantau kehadiran orang ramai dan seterusnya memberi laporan terus kepadanya.

Kebocoran maklumat daripada pengikut Wilfred Bumburing sendiri menyatakan bahawa Wilfred Bumburing bengang dengan masyarakat Tuaran kerana mereka sanggup turun untuk menghadiri program tersebut. Menurut pengikutnya lagi, kehadiran orang ramai ke program tersebut telah menyebabkan Wilfred Bumburing takut dan "kecut" dalam meneruskan gerak-gerinya selepas ini.

Apa yang menyebabkan Wilfred Bumburing bertambah bengang lagi ialah apabila ramai penyokongnya turut hadir ke program berkenaan dengan memakai baju BN yang berwarna biru dan melaungkan "Sokong BN". Penyokongnya itu dikatakan adalah mereka yang pernah hadir ke program politik anjuran APS.

Hahaha....apa yang paling lucunya ialah, menurut sumber tersebut lagi, Wilfred Bumburing telah hilang entah ke mana kerana bengang dan buntu dengan sambutan rakyat terhadap PM di Tuaran.....Takut rasanya tu!!! Ke Kota Kinabalu pun bukan? Ke Inanam pun bukan? Wilfred Bumburing menyembunyikan lokasi.

Hehehe...jangan-jangan Wilfred Bumburing pergi ke tempat massage kot??? Hihihi....jangan marah Datuk....gurau jak ye. Itu baru perang psikologi....takkan itupun dh bengang ye? Perang belum bermula tetapi Datuk Wilfred Bumburing sudah "kecut". Aiyaaaa.....kesian.
comments (7) | | Read More...

Terima Kasih PM...Itulah Luahan Masyarakat Beaufort


 
"TERIMA KASIH PM kerana datang menjenguk kami di Beaufort"... Itulah antara luahan rasa terima kasih masyarakat Beaufort di atas kehadiran PM ke Beaufort sebentar tadi bermula jam 9.30 pagi hingga jam 11.15 pagi (14.2.2013). Walaupun masyarakat Beaufort tidak melafazkan rasa terima kasih tersebut terus kepada PM tetapi mereka bersyukur kerana kunjungan tersebut memberikan seribu makna kepada mereka.

Lawatan yang singkat tersebut walaupun hanya 2 jam, masyarakat dapat mendengar sendiri ucapan dan keprihatinan PM terhadap rakyat Sabah khususnya di Daerah Beaufort. Kehadiran masyarakat Beaufort termasuk dari kawasan Parlimen Sipitang dan Parlimen Kimanis yang dianggarkan seramai 15,000 orang itu menunjukkan betapa rakyat tetap sayang kepada parti BN.

 Bagi masyarakat yang hadir, ada yang meluahkan rasa muak sudah dengan karenah Datuk Lajim Ukin yang banyak menipu mereka selama ini dengan janji-janji kosong hasil suapan daripada Anwar Ibrahim. Bagi mereka Lajim tetap di kenang atas jasanya tetapi perjuangan Lajim tidak mereka iktiraf kerana sudah menderhaka kepada rakyat di Parlimen Beaufort.

Mereka juga menyatakan bahawa walaupun pada peringkat permulaan mereka rasa sangsi untuk hadir ke program berkenaan kerana bimbang tiada berita baik akan diumumkan tetapi sangkaan mereka merosot apabila masyarakat Beaufort mendapat durian runtuh kerana PM telah mengumumkan projek loji air berjumlah RM226 juta di buat di Beaufort.


Menurut En. Amat Bin Sinyur, 50 tahun dari kampung Tedong, Kuala Penyu,... "Saya rasa bertuah kerana dapat melihat sendiri PM berucap dan mengumumkan projek loji air untuk menyelesaikan masalah air di Kuala Penyu."

Bagi En. Durry Bin Impoh, 39 tahun dari Menumbok pula, kehadiran orang ramai yang memenuhi khemah semasa program tersebut menunjukkan rakyat Beaufort tetap menyokong BN. "Ini kalilah....habis la Lajim", tambahnya lagi.

En. Paulus Bin Jukin, 40 tahun dari kampung Takuli Beaufort, menyatakan, "....masyarakat Beaufort tahu bha sepa itu Datuk Lajim. Kuat sangat ka dia itu mau lawan tauke?"
comments | | Read More...

PKR "Buat Kacau" Di Pensiangan Gara-Gara Tiada Modal

Penulis : Unknown on Friday 8 February 2013 | 11:19

Friday 8 February 2013

INILAH TAKTIK Parti Keadilan Rakyat (PKR) gara-gara ketandusan modal untuk mendapat simpati rakyat sehinggakan sanggup "membuat kacau" di Pensiangan.

Tindakan terbaru PKR ialah menganjur demontrasi membantah Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) menerokai kawasan yang membabitkan beberapa buah kampung di Pensiangan iaitu membabitkan Kg. Lirung, Kg. Sikalabaan, Kg. Sumabi, Kg. Sipuok, Kg. Siwalor, Kg. Pilanas, Kg. Bollah dan Kg. Mambu. Demonstrasi anjuran PKR Cabang Pensiangan ini sebenarnya satu budaya luar yang dibawa ke Pensiangan bertujuan untuk menggagalkan pembangunan yang dibawa oleh kerajaan ke kawasan berkenaan.

Apa yang paling ketara ialah pemimpin PKR di kawasan Pensiangan membawa orang luar daripada kampung berkenaan bertujuan untuk membuat demonstrasi tersebut. Mereka menghasut penduduk tempatan supaya menentang penerokaan tanah oleh LKTS.

Aiyaaa....apa sudah jadi ini PKR???? 
comments | | Read More...

SAPP Tekad Perangi APS Dan PPPS Habis-Habisan

MENJELANG PRU-13 yang akan berlangsung tidak lama lagi, Parti SAPP yang diketuai oleh Datuk Yong Teck Lee bertekad untuk memerangi habis-habisan usaha sekutu Pakatan Rakyat (PR) iaitu Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) untuk menguasai politik di negeri Sabah ini.

Bagi SAPP, usaha ini perlu dibuat untuk menjaga keselamatan pergerakan SAPP supaya perancangan parti dalam PRU-13 ini akan berjalan dengan lancar.
 
Apa yang jelas ialah APS + PPPS seolah-olah 'demand' daripada PR bagi memenuhi agenda masing-masing. Bumburing mempunyai agendanya tersendiri. Lajim Ukin pula ingin melangsaikan 'nafsunya' ingin menjadi Ketua Menteri Sabah jika pembangkang menang kelak. Atas dasar itulah juga Lajim harus memastikan PPPS pimpinannya harus lebih dominan daripada parti SAPP atau STAR.

Lantaran daripada itu, bagi Yong Teck Lee, segala perancangan SAPP untuk mentadbir negeri ini seolah-olah sudah dibayangi oleh APS dan PPPS dan sekutunya PR.

Menurut Yong Teck Lee, Bumburing (APS) dan Lajim (PPPS) adalah seperti 'Kerbau Yang Dicucuk Hidung' oleh PR dan sanggup membuat apa sahaja untuk melobi jawatan dan kuasa jika PR berkuasa kelak.

Dalam kenyataan berkaitan Bumburing dan Lajim yang dikeluarkan oleh Datuk Yong Teck Lee kepada Malaysian Insider pada 7 Februari 2013,.... “Mereka tidak mempunyai pilihan selain dari ‘kowtow’ kepada Kuala Lumpur. Mereka terpaksa pergi ke Kuala Lumpur untuk melobi menjadi calon,”

Atas dasar itulah menyebabkan Yong Teck Lee muak dengan sikap Bumburing dan Lajim yang penuh dengan kepuraan-puraan serta gilakan kuasa. Bagi Yong Teck Lee, mereka sebenarnya bukan pejuang Sabah yang sebenar.

Sebelum ini SAPP dan PR pernah berunding berkaitan pembahagian kerusi Parlimen dan DUN di Sabah ini, namun perundingan tersebut buntu. Kehadiran APS + PPPS bakal merancakkan semula

perundingan penentuan pembahagian kerusi menjelang PRU-13 ini...itu pun belum pasti lagi.

Menurut sumber dalaman daripada parti SAPP, pada masa sekarang musuh utama SAPP bukanlah BN tetapi PR dan sekutunya iaitu APS dan PPPS. Bagi SAPP, walaupun sesama parti pembangkang, tindakan ekstream secara halus oleh PR + APS/PPPS akan menggagalkan perancangan SAPP untuk mencorak pentadbiran politik di negeri Sabah ini jika menang dalam PRU-13 akan datang ini.

Bagi SAPP lagi, BN tetap lawan utama tetapi jika PR + APS/PPPS tetap meneruskan sengketa untuk menjahanamkan parti tempatan di Sabah, mereka tidak akan berdiam diri dan akan berperang secara habis-habisan menentangnya kerana tidak mahu PR menjajah Sabah.

Pada masa sekarang, parti SAPP telah menubuhkan pasukan gerakan khas yang bertujuan untuk menyusup masuk ke dalam apa sahaja pergerakan yang dibuat oleh APS dan PPPS termasuk PR sendiri. Antara lain tujuannya ialah untuk mendapatkan maklumat dan strategi rahsia PR + APS/PPPS dalam menghadapi PRU-13 nanti.

INI KALILAH!!!!
comments | | Read More...

Jeffrey Kitingan Advised Sabah People To Kick Out Pakatan Rakyat

Penulis : Unknown on Wednesday 6 February 2013 | 12:58

Wednesday 6 February 2013

KUCHING: Sarawakians should stick with the present state government as it is led by local-based parties which have the interest of the people at heart, says State Reform Party (STAR) Sabah chief Datuk Dr Jeffery Kitingan.

He stressed that the people in Sarawak should be grateful that they were still being ruled by the local-based political parties unlike Sabah which is controlled by a peninsula-based party.

“My advice for Sarawakians is this; why should you support the opposition especially the Pakatan Rakyat (PR) which is all made up of peninsula-based parties? The people of Sarawak must learn
from our (Sabahans) bitter experiences where most of our interests have been eroded away under the current government,” Jeffery told The Borneo Post here yesterday.

He said that was why STAR advised the people of Sabah to reject PR in the coming general election as they did not have the people’s interests at heart.

Jeffery pointed out that the PR ‘Buku Jingga’ (Orange Book) did not specifically mention and explain how the people of Sarawak and Sabah would and could benefit if they were to capture Putrajaya after the general election.

“Be they Pakatan Rakyat or any other Peninsula-based BN parties, they are all the same. I can say this from my own experiences dealing with them,” added Jeffery who was detained under ISA for two years in Kamunting in the 90’s.

He called on the people of both states to understand and accept STAR’s ‘Borneo Agenda’ whichwas to ensure that the Malaysia Agreement in 1963 would be uphold and not diluted.
“We hope that the people of both states take this coming general election seriously and vote wisely so that we can become the real kingmakers, thus can bargain for better deals with federal leaders,” he said.

Jeffery also hoped that with better bargaining power after the 13th general election, both Sarawak and Sabah would be able to fight for at least one third of 222 parliamentary seats as agreed in during the formation of Malaysia.

Currently Peninsular Malaysia has more than 75 per cent of the seats leaving Sarawak and Sabah to have only 56 seats with Sarawak having 31 and Sabah 25 seats.
On the same note, Sarawak’s Barisan Nasional (BN) secretary-general Datuk Dr Stephen Rundi Utom said Pakatan Rakyat de factor leader Datuk Seri Anwar Ibrahim should be rejected along with the opposition parties as he had done nothing for the development of Sarawak during his tenure as deputy prime minister in the 90’s.

“There were many projects which were terminated by him. He even wanted to downsize Bakun HEP project,” revealed Dr Rundi.
As such he said the people should be aware that Pakatan Rakyat’s political agenda would not benefit them as all they wanted was to take over Putrajaya.

“Why only now when he is in the opposition that he promised this and that. What had he done while he was in office before?” asked the Assistant Minister of Public Utilities.
Sarawak United People’s Party (SUPP) Bengoh chairman and Assistant Minister of Public Health Dr Jerip Susil agreed with Dr Rundi and stressed that Pakatan Rakyat had not mentioned its long term plans for Sarawak.

As such he said voting for them would thwart the state’s development momentum.
“Now we are in our third wave of development and our major focus is on the SCORE. But Pakatan Rakyat has not come with any blue print to develop the state yet,” said Dr Jerip.
Dr Jerip urged the people to be wary of the opposition’s moves as all they wanted was to use Sarawak to take over the federal government.

“It’s just about number. They just want as many seats from Sarawak as possible and that’s all,” he added.

Meanwhile, Parti Rakyat Sarawak (PRS) president Tan Sri Dr James Jemut Masing shared Dr Jerip’s opinion that Pakatan Rakyat was insincere with its agenda to develop the state.

And on the latest report that Pakatan Rakyat was confident it could capture at least 10 of the 31 parliamentary seats in the state, Masing said, “At best Pakatan Rakyat may be able to get five seats from Sarawak. But 10 seats, that’s stretching their imagination a bit too far! - Borneo Post, 6 Feb 2013
comments (3) | | Read More...

PRU-13 : Nantikanlah Kedatangannya...


PILIHANRAYA UMUM Ke-13 bakal menjelma tidak lama lagi. Masanya akan tiba juga. Tetapi pakatan pembangkang asyik menuduh kerajaan dan menyatakan kerajaan terlalu takut untuk membubarkan Parlimen dan DUN.

Apapun, nantikanlah ketibaan "IBU" kepada segala "RAYA" itu iaitu PILIHANRAYA. Pandai-pandailah kmurang buat penilaian sendiri ye......







comments | | Read More...

Anwar Sumbang USD700,000 Bina Masjid di Palestine Untuk DiRoboh Oleh Israel

KATA-KATA Anwar yang berbunyi "I support all efforts to protect the security of the state of Israel." (saya menyokong semua usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel) masih lagi terngiang-ngiang di telinga seluruh umat Islam, dan pastinya masih menghantui penduduk Palestine. Kata-kata itu begitu jelas, sama ada di ambil dalam keseluruhan ayat, mahupun separuh, ia tetap tidak mengubah maknanya.

Justeru, percubaan Anwar untuk menafi dan memutarbelit kenyataannya sendiri bagi mengelak dituduh sebagai talibarut Yahudi, telah tidak berjaya. Namun begitu, Anwar mengambil sikap selamba dan seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan serta masih lagi cuba membawa imej Islam, sekali sekala, demi untuk memastikan sokongan Melayu Islam terhadapnya berterusan.

Walaupun rangkaian penyamaran yang digunakan Anwar seperti, SUARAM dan BERSIH telah terbukti ada menerima dana dari pertubuhan-pertubuhan asing yang terlibat dengan misi pertukaran rejim yang didalangi Yahudi, tetapi ini tidak menghalang Anwar untuk terus berpura-pura berkongsi sentimen yang sama dengan umat Islam keseluruhan dalam isu Palestine.

Oleh itu, apabila Dato' Seri Najib Tun Razak menerima jemputan ke Gaza, bersama Datin Seri Rosmah, berpeluh-peluhlah Anwar cuba menyaingi publisiti tersebut. Sedangkan, lawatan Dato' Seri Najib adalah bersifat persaudaraan sesama Islam, bukannya politik mahupun publisiti, walaupun publisiti tidak dapat dielakkan kerana beliau adalah ketua negara dan ahli politik.

Justeru, Anwar juga tidak mahu kalah dan pantas iaitu dalam sehari dua sahaja telah menyediakan sejumlah RM2.1 juta atau USD700,000 untuk didermakan kepada Hamas, bagi pembinaan sebuah masjid di Palestine pada 1 Februari lalu. Kelam kabut Anwar memanggil pemberita untuk memastikan berita dan gambarnya menderma kepada Palestine dilihat oleh penyokong-penyokongnya bagi mengaburi publisiti lawatan Dato' Seri Najib.

Entah dari mana dan bagaimana beliau menyediakan wang sebegitu banyak dengan sebegitu cepat tidak dapat dipastikan. Malah, personaliti wakil Hamas yang menerima cek tersebut juga tidak dapat dipastikan kerana segala-galanya diadakan dengan tergesa-gesa di ibu pejabat PKR di Tropicana.
Bagi berlaku adil kepada Anwar, tak apalah kalau tak turun ke medan perang sekali pun, dapat menderma pun kira sudah cukup baik memandangkan Anwar sebenarnya menyokong Israel.

Benar, kita tidak dapat mengukur keikhlasan Anwar menderma, tetapi kita masih boleh bertanya dari mana wang itu datang. Dan rasanya tidak salah juga untuk kita menghukum Anwar sebagai hipokrit serta pengkhianat terhadap rakyat Palestine.

Ini kerana, walaupun jumlah RM1.2 juta adalah besar, tetapi apalah sangat jika dibandingkan dengan tandatangan yang diturunkan Anwar dalam Sidang Kemuncak Annapolis 2007 yang menyokong penyelesaian dua negara dengan mengiktiraf negara Israel.
Apalah sangat USD700,000 berbanding beribu-ribu ekar tanah Palestine yang telah diceroboh dan rumah rakyatnya yang telah diroboh kerana memberi 'ruang' untuk negara Israel yang dipersetujui Anwar itu.

Apalah sangat wang berbanding nyawa rakyat Palestine yang dibunuh kejam sejak berdekad-dekad lalu demi memastikan keselematan negara Israel yang disokong oleh Anwar.
Apalah sangat memberi sumbangan untuk pembinaan masjid atau apa jua jika Anwar juga menyokong pihak yang bersedia pada bila-bila masa untuk menceroboh dan merobohkannya?

Kesimpulannya, pembinaan masjid itu baik, namun ia tidak membawa apa-apa signifikan kepada perjuangan Palestine, kerana rakyat Palestine tetap bersolat dan berdoa di mana saja walaupun tanpa sumbangan Anwar. Dalam keadaan darurat seperti Palestine, kos pembinaan sebuah masjid adalah tidak penting tetapi apa yang lebih penting ialah memulihkan keadaan bagi membolehkan mereka hidup dan beribadah dalam keadaan selamat.

Justeru, apa yang Dato' Seri Najib lakukan iaitu untuk mengusahakan perdamaian antara Hamas dan Fatah adalah jauh lebih signifikan lagi. Apa yang dilakukan oleh pihak lain seperti Aman Malaysia dan lain-lain iaitu membekalkan bahan binaan untuk sekolah, hospital termasuk makanan, pakaian dan ubat-ubatan juga adalah lebih signifikan lagi.

Lebih dari itu, sebanyak mana pun wang yang Anwar dermakan dari dalam dewan berhawa dingin di ibu pejabatnya di Tropicana, ia tidak mungkin terbanding dengan kesediaan Dato' Seri Najib mengambil risiko ke atas keselamatan dan nyawanya serta isteri, untuk ke sana.
Oleh itu, nasihat penulis untuk Anwar, sebelum mencari publisiti, jelaskan dahulu di pihak mana anda berada - Israel atau Palestine? Apapun, setakat ini, penulis masih menunggu berita kalau-kalau Anwar akan mengadakan satu lagi 'apology tour' menyembah pemimpin zionis kerana telah terpaksa menderma kepada Hamas.

Tetapi, melihat dari sudut lain pula, sudah tentu zionis lebih rela membantu menaikkan nama Anwar dengan membina masjid di Palestine daripada membiarkan ketokohan Dato' Seri Najib menyerlah dan berjaya mendamaikan Hamas dan Fatah.-TM
comments | | Read More...

RCI Sabah: Mahfuz Kantoi Menipu, Malaysiakini Kantoi Siar Berita Palsu


NAMPAKNYA puak-puak Pakatan Haram ini tidak pernah puas kalau mereka tidak menipu sehari dalam hidup mereka, seolah-oleh menipu itu merupakan satu “makanan ruji” yang wajib mereka lakukan.

Kalau tak menipu, bukan Pakatan Haram namanya, bukan?
Begitulah yang terjadi mengenai fitnah Pakatan Haram yang cuba menabur persepsi jahat dengan menuduh Kerajaan BN mengarahkan agar kad-kad pengenalan yang tidak dituntut di bawa ke Sabah untuk diberikan kepada pendatang tanpa izin untuk mengundi BN.

Antara mereka yang bertanggungjawab menyemai syubhah fitnah itu ialah Ahli Parlimen Pokok Sena merangkap Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, dan portal yang tidak serik-serik disaman, portal pro-Pakatan Haram, Malaysiakini.com.
Dalam kenyataan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Jariah telah mendedahkan bahawa terdapat lima fakta yang sangat meragukan dari sekeping surat pekeliling yang dicanang keliling kampung oleh Mahfuz dan Malaysiakini.

Kononnya, surat tersebut merupakan bukti sahih, berkreadibiliti dan ampuh! Padahal, surat itu terbukti palsu, sama palsunya dengan fitnah yang ditohmah Mahfuz dan portal yang gemar menyiarkan cerita-cerita karut marut itu.

Menurut Datuk Jariah, kepala surat pada dokumen itu sangat meragukan kerana ia jelas menggunakan alamat dari Bahagian Pengurusan IT dan komunikasi. Apa ke jadahnya Bahagian Pengurusan IT dan Komunikasi yang beri arahan begitu? Pelik bukan?
Mengejutkan lagi, beliau menegaskan bahawa tajuk nombor rujukan yg digunakan pada surat ditangan Mahfuz itu tertera kod “JPN.MK.(S)” dan ia dikenalpasti bukan nombor rujukan arahan Jabatan berkaitan.

Tambahan pula, arahan Jabatan Bil.14/2012 juga sebenarnya tidak wujud sebagaimana yang tertulis di atas surat itu dan bukti menunjukkan bahawa arahan terakhir dikeluarkn JPN adalah “Arahan Bil.10/2012” yang melibatkan mengenai “Pindaan kepada Arahan JPN Bil.9/2007”
Selain itu, Arahan Jabatan di dalam surat itu juga tidak ditandatangani oleh Pengarah Bahagian serta tiada sebarang catatan “bagi pihak” sebagaimana kebiasaannya.

Dan keraguan juga dikesan apabila cetakan nama kementerian yang terletak di kaki surat tersebut merujuk kepada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri! Padanlah Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien awal-awal lagi mengesahkannya sebagai surat palsu!
Peliknya, siapa sebenarnya yang membuat onar mereka-reka surat palsu itu? Saya yakin, pihak Kerajaan BN tidak pernah terfikir untuk melakukan fitnah bodoh sebegitu melainkan puak-puak Pakatan Haram.

Antara standard modus operandi mereka ialah mencipta “bukti palsu”, menuduh kerajaan BN dengan fitnah jahat dan mereka mendesak para pemimpin BN untuk menjawab segala tohmahan yang mereka lakukan.
Skrip fitnah mereka sudah boleh dihafal memandangkan sudah ramai pemimpin BN yang sudah menjadi mangsa tohmahan jahat puak-puak Pakatan Haram ini, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Datuk Seri Najib dikaitkan dengan mendiang Altantuya Sharibuu dan Datin Seri Rosmah pula dikaitkan dengan isu cincin berlian. Walaupun dah berkali-kali melafazkan sumpah dengan bersaksikan Allah, puak-puak Pakatan Haram tetap meneruskan fitnah tersebut dengan bangga!
Mungkin itulah nasibnya bila menjadi pemimpin kerajaan di akhir zaman. Para pemimpin yang bersih pun akan dilemparkan dengan tuduhan-tuduhan palsu demi memuaskan nafsu mengejar kuasa politik di dunia.

Orang Islam yang sepatutnya bersatu, telah dipisahkan kerana fahaman politik singkat. Kononnya, bersahabat dengan syaitan pun “dihalalkan” demi menjatuhkan BN. Malah mereka lebih sanggup bersekutu dengan “syaitan-syaitan” pula. Islam ajar begitu, kah?-mykmu
comments (1) | | Read More...

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger