Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Artikel Berkaitan

Home » » TS Ibrahim Menudin "Tamak"...PKR Perbodohkan Pengundi Bongawan!!!

TS Ibrahim Menudin "Tamak"...PKR Perbodohkan Pengundi Bongawan!!!

Penulis : Unknown on Monday 22 April 2013 | 14:39

TAN SRI IBRAHIM BIN MENUDIN, anak JATI Labuan yang dikenali sebagai seorang jutawan telah dicop sebagai seorang yang "tamak" dan cuba memperbodohkan pengundi di DUN N.23 Bongawan.

Beliau yang layak bertanding akan menjadi calon PKR yang bertanding di dua kerusi iaitu di P. 166 LABUAN dan N23. BONGAWAN.

Pada Hakikatnya kemunculan TS Ibrahim Menudin yang bertanding di dua kerusi yang melibatkan "dua negeri" yang berbeza telah menjadi kritikan pengundi terutamanya di Bongawan. Kritikan oleh pengundi BN memang sudah pasti.

Keadaan tersebut juga sebenarnya mengundang ketidakpuasan hati penyokong di peringkat akar umbi PKR sendiri kerana TS Ibrahim Menudin dianggap "orang luar" yang digunakan oleh PKR Kimanis untuk dijadikan "alat" dan agenda peribadi bagi menentang calon BN.

Semasa penamaan calon pada 20 April yang lepas, kelibat dan muka TS Ibrahim Menudin tidak kelihatan dan beliau hanya menghantar wakilnya iaitu En. Hussin Aman, Pemimpin PKR di kawasan Bongawan. Keadaan ini telah menimbulkan persoalan dan tanda tanya di kalangan penyokong PKR Bongawan semasa penamaan calon pada hari tersebut. Mereka tercari-cari calon tersebut dan kecewa kerana tidak melihat kelibatnya.

Bagi penyokong PKR yang kecewa, mereka menganggap bahawa mereka telah ditipu kerana perjuangan untuk memenangi kerusi DUN seolah-olah melepaskan batuk di tangga sahaja. Menurut mereka lagi, jika TS Ibrahim Menudin menang dalam kerusi P. 166 LABUAN dan dalam masa yang sama menang di kerusi N23. BONGAWAN, adakah pasti nasib mereka akan terbela.

Menurut sumber, kumpulan penyokong PKR di P.176 Kimanis terutamanya di Bongawan telah berpecah tiga iaitu....penyokong PKR, penyokong yang kecewa dan penyokong "tunggu dan lihat".

Apa yang pasti ialah tindakan TS Ibrahim Menudin bertanding di kerusi N23. BONGAWAN adalah lebih kepada :

1. Menerima pelawaan pimpinan PKR Kimanis untuk menjadi calon
2. Isteri TS Ibrahim Menudin adalah orang Bongawan
3. Mempergunakan kedudukan kewangannya untuk "merasuah" penyokong PKR
4. Lebih kepada sifat peribadi
5. Kerana kedudukan PKR Kimanis yang rapuh dan perlukan sokongan kewangan

Menurut calon SAPP pula iaitu AWANG TALIP BIN AWANG BAGUL, walaupun mereka adalah sesama pembangkang, SAPP juga berusaha untuk menarik penyokong PKR yang kecewa agar menyokong perjuangan SAPP. Baginya, perjuangan SAPP adalah menumpukan kepada autonomi Sabah tidak seperti PKR yang menurutnya juga bersetuju bahawa PKR memperbodohkan pengundi di Bongawan.

P/S : Pencalonan yang suka-suka merugikan percaturan PKR. Pengundi di P. 166 LABUAN pun di anggapnya "bodoh"???
Share this article :

+ comments + 3 comments

Anonymous
24 April 2013 at 23:21

ini blog pro BN memang suka mengutarakan perkara2 negatif tentang pembangkang. biarpun calon PKR bagi Bongawan ini tahun adalah dari org luar, namun semangat dikalangan pengundi pengundi di kawasan ini sama ada dari UMNO atau parti komponen BN kecewa kerana calon yang dikehendaki iaitu Dr. Daud yg merupakan ANAK JATI BONGAWAN tidak tersenarai pada saat akhir pada WAKTU PENAMAAN CALON BN NEGERI SABAH. Tempat beliau telah diganti dengan Ketua Pemuda UMNO Kimanis yang tidak glamer dan tidak dikenali oleh penduduk Bongawan. Adalah lebih baik mengundi PKR untuk DUN ini dari mengundi BN kerana Ketua Pemuda ini adalah boneka kepada Datuk Anifah Aman yang juga pada mulanya tidak tersenarai dalam watikah calon Parlimen Kimanis. Adakah abangnya Datuk Musa Aman yang menukar calon atau terkalah kepada kehendak adiknya???

Anonymous
30 April 2013 at 09:04

Undi adalah hak masing2...tp sebagai seorg rakyat malaysia yang "BERSYUKUR DGN NIKMAT KEAMANAN YANG TELAH DIKECAPI.....UNDI SY UNTUK BARISAN NASIONAL P.166 LABUAN"....sebagai tanda penghargaan dan terima kasih sy kepada KERAJAAN MALAYSIA.....

Anonymous
8 May 2013 at 20:23

orang bongawan tak bodoh ,yang bodoh tu macai umno bn bongawan yang bodoh..biasalah takut hilang kuasa...penyokong bn pun takde disiplin..

Post a Comment

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger