Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Artikel Berkaitan

Home » » SAPP Dan STAR Bawa "Pengikut Jamalul Kiram" Kibar Bendera Parti???

SAPP Dan STAR Bawa "Pengikut Jamalul Kiram" Kibar Bendera Parti???

Penulis : Unknown on Sunday 21 April 2013 | 13:09


Kelihatan pembawa bendera parti SAPP dan STAR  iaitu dari kalangan "pengikut Jamalul Kiram"  mengibarkan bendera semasa penamaan calon pada 20 April. Pembawa bendera parti STAR tidak kelihatan kerana berada di sebelah belakang parti SAPP.
SEKARANG ini heboh di beberapa kawasan di Lahad Datu kononnya semasa penamaan calon kelmarin, 20 April parti SAPP dan STAR telah mengupah kira-kira dalam 100 orang "pengikut Jamalul Kiram" untuk membawa bendera parti masing-masin. Batul ka itu wahai Datuk Dr. Jeffery Kitingan/Yong Teck Lee???

Menurut maklumat, pada awalnya, penyokong bukan dari kalangan parti STAR dan SAPP di Lahad Datu tidak perasan berkaitan dengan kehadiran pembawa bendera tersebut. Tetapi setelah diselidiki, kira-kira dalam 100 orang daripada mereka dikhuatiri adalah "penyokong Jamalul Kiram".

Pada masa sekarang, pengundi terutamanya di kawasan N.50 Lahad Datu merasa bimbang jika parti berkenaan terus menggunakan taktik tersebut. Mereka khuatir, keadaan ini akan merosakkan perjalanan untuk berkempen dan hari mengundi undi pada 5 Mei ini.

Semasa pencerobohan pengganas/pengikut Jamalul Kiram di Lahad Datu pada 20 Februari yang lepas, banyak parti-parti pembangkang telah mengkritik kerajaan khasnya Barisan Nasional. Ini termasuklah parti STAR dan SAPP Sabah.

Ketika itu, parti tersebut telah bermati-matian asyik menuding jari ke arah BN tetapi berlainan pulak dengan ceritanya sekarang ini. Parti STAR dan SAPP dikatakan telah mengupah "pengikut Jamalul Kiram" untuk membantu parti. Adakah ia akan berlarutan???? Semua jawapan ada di tangan parti berkenaan.

Jika perkara tersebut adalah betul, diharap parti STAR dan SAPP dapat menghentikan tindakan tersebut kerana ia boleh menjejaskan aktiviti sepanjang PRU-13 ini. Tindakan tersebutnya sebenarnya boleh menjejaskan keselamatan pengundi di kawasan berkenaan.

"Berhati-hatilah di jalan raya.....wahai parti STAR dan SAPP" Bahaya itu!!!!

Share this article :

+ comments + 11 comments

PatiberMYkad
21 April 2013 at 15:13

Jangan kamurang percaya sama itu khabar angin.Pasukan keselamatan di Sabah sekarang sedang dan masih dlm ops daulat memburu saki baki pengikut si Kirams.Samua urang urangan pembawa bandira STARdanSAPP adalah panyukung sah walaupun digaji bawa bandira...Apa pun ini kalilah kita sukung STAR,tulak BN

Anonymous
22 April 2013 at 05:45

yang ni tulis karangan sudahlah penipu buat karangan gred upsr pun gagal....bm spm mesti dapat F9 kan...ha ha ha begap...

Anonymous
23 April 2013 at 19:17

Kalau da tau mereka penyokong jamalul kiram... kenapa tdk lapor dgn polis. Akal terlampau pendek

25 April 2013 at 07:49

odoiii..sampai begitu tahap benci ko sama ni parti pembangkang...kami di tenom tidk pun mengharap duit upah masa penamaam calon dengan dukarela ikut..perjuangan hak² yang telah UUMNO dan BN perlekeh dan tidak di endahkan...jadi saudara pengarang ni memang tidak mau perubahan dalam negeri kita...kalau UMNO dan BBN masih perintah maka orang pertama saya kata BODOH adalah saudara pengarang..fakta sejarah pembentukan malaysia pun di endahkan....marilah kita bersama² menuntut hak² kita dalam perjanjian malaysia 1963 dan perkara 20...terima kasih..jangan bawa budaya UMNO BN dari semenanjung...

Anonymous
26 April 2013 at 19:37

Apa suda jadi parti diorang ni sampai sewa-sewa "Pengikut Jamalul kiram"?.SAPP dan STAR bawa pengikut jamalul kiram.Apa dah jadi ni DDJK?.

Anonymous
26 April 2013 at 19:52

Nampaknya ada trend baru SAPP dan STAR ni.Lain-lain negara tidak macam ni,dalam malaysia pula lain lagi cara kalau kerajaan sudah dibubar,boleh pula minta tolong dengan negara luar berkempen,bawa bandera,minta kesian dan sebagainya.Bolehkah???....Aduiii sayik nak kutuk sini kutuk situ...sendiri apa dah jadi,oleh itu kalau betullah perkara ini berlaku,,....baik hentikanlah sebab kita punya sabah baru saja di cerobohi oleh pengikut jamalul kirammm..

anak watan LD
29 April 2013 at 22:56

Siapa bilang ni cerita betul??.. ini cerita hanya rekaan semata2..maklumlah.. ni penulis cemburu..hehe

Anonymous
2 May 2013 at 11:34

lucu pulak dengar ne cerita... tak logik betul... sebelum buat cerita pastikan ada bukti... sapalah penulis blog ne ya... mau bekenalan kunuk?

Anonymous
2 May 2013 at 13:51

Jangan cakap tidak serupa bikin!!! Buktikan bahawa pengikut kiram ada di lahad datu SAPP dan Star. Bolger ini cuma meminta publisiti semata-maata daripada rakyat lahad datu. Tapi perlu ingat rakyat lahad datu tidak buta terutamanya pengundi-pengundinya.<--Penyokong tegar Penbangkang.

Anonymous
6 May 2013 at 09:17

akhirnya star tidak laku.. kalah teruk di sabah.. bagus lagi pkr.. bye bye star.. akhirnya org sabah tolak star.. parti tiada pmbangunan.. yg kalah ttp kalah jgn bising2.. LAIN KALILAH!!

Post a Comment

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger