Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Artikel Berkaitan

Home » » PKR Anjur "Catwalk Candidate"...Kita Tingu Siapa Bakal Calon PKR Sabah

PKR Anjur "Catwalk Candidate"...Kita Tingu Siapa Bakal Calon PKR Sabah

Penulis : Unknown on Wednesday 27 February 2013 | 13:52

PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR) buat pertama kalinya bakal memperkenalkan calon PRU-13 menerusi acara "Catwalk Candidate" pada Konvensyen PKR yang dijadualkan pada 5 Mac 2013 ini.

Menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, ia antara strategi mereka untuk mendapatkan sokongan rakyat. Betul ka tu?????......Hahahaha.....
 
“Kita mungkin pilih dalam 30 paling terbaik dan ‘terpanas’,” katanya pada taklimat kepada kakitangan Suara Keadilan  di sebuah hotel di ibu negara, pada 21 Februari 2013 yang lepas.

“Untuk acara ini, kita kena yakinkan pengundi bahawa calon kita paling sedia dan ‘panas’. Kita akan pamerkan di kalangan calon wanita muda dan calon profesional".

Naaaaa......inilah masanya kita di Sabah ini mahu tingu siapa bakal calon PKR Sabah dalam PRU-13 akan datang ini. Adakah bakal calon-calon ini tergolong dalam "terbaik" dan "terpanas"??? Kita tunggu sahaja.

TAPI kenapa hanya 30 orang sahaja yang akan disuruh "catwalk" tu? Kenapa tidak semua bakal calon yang akan buat "catwalk"???.....bilang mahu yakinkan pengundi tapi 30 orang sahaja? Sepatutnya 222 orang bakal calon Parlimen PKR disuruh "catwalk" semua.....dalam 30 minit jak tu. Takkan tidak mampu??? Atau hanya gimik sahaja?

Apapun.....kalaulah acara "catwalk" tu betul-betul bertujuan untuk menampilkan calon yang "terbaik" dan "terpantas", kita cabar PKR supaya menonjolkan semua 25 bakal calon Parlimen dari negeri Sabah untuk ditunjukkan kepada rakyat. Kasi puas lah hati penyokong PKR kmurang tu di Sabah ni.....naaa....barulah kmurang dapat sokongan. Pengundi di Sabah mahu tingu juga adakah bakal 25 orang calon PKR termasuk juga golongan "Pemimpin Kitaran Semula" ka, "Ayam Tua Reject" ka, "Katak Melompat" ka atau calon baru yang "terpanas".

Bha....apa lagi......



Share this article :

Post a Comment

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger