Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Beautiful Malaysia - Sabah

Topik Seks - Khas Untuk Lelaki

Topik Seks - Khas Untuk Wanita

Artikel Berkaitan

Penganalisis : Pakatan Belum Mampu Tewaskan BN Sabah

Penulis : Unknown on Monday 29 October 2012 | 12:31

Monday 29 October 2012


PAKATAN Rakyat tidak cukup kuat untuk menewaskan BN di Sabah walaupun gabungan pembangkang dari Semenanjung itu telah dapat menembusi negeri di Malaysia Timur itu, kata seorang penganalisis politik.

Bercakap dalam satu forum di Kuala Lumpur yang diadakan pada 24 Oktober 2012 yang lepas, penganalisis tersebut yang tidak mahu namanya disiarkan, berkata parti-parti dalam Pakatan Rakyat tidak bekerjasama dengan baik dengan parti-parti di Sabah.

"Saya fikir (bagi) pembangkang untuk menumbangkan BN di Sabah, ia mesti bersatu dan membentuk pakatan pembangkang yang sangat kuat.

"(Bagaimanapun) saya tidak fikir ia sedang berlaku sekarang," katanya di forum yang diadakan untuk menandakan pelancaran buku Democracy at stake? Examining 16 By-election in Malaysia, 2008-2011 di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Ahli akademik itu berkata kemungkinan berlaku pertandingan banyak penjuru di kalangan parti-parti pembangkang akan mengurangkan sebarang peluang mereka untuk menang.

Masalah ini mungkin dapat diselesaikan jika Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat memujuk orang kuat Sabah seperti Jeffrey Kitingan untuk bersama Pakatan.

Bagaimanapun, beliau merasakan adalah sangat sukar bagi Pakatan
untuk memujuk orang yang berfikiran bebas seperti Jeffrey (kanan).

"Jeffrey kata partinya (State Reform Party) mahu bertanding semua 60 negeri kerusi di Sabah dan empat hingga lima kerusi (parlimen) majoriti Kadasan Dusun," kata penganalisis lagi.

Jika perancangan Jeffrey itu diteruskan, maka ia akan menjejaskan peruntukan kerusi di kalangan parti-parti pembangkang yang mahukan pertandingan satu lawan satu dengan BN.

Beliau juga berkata tindakan dua ahli Parlimen (MP) BN Sabah keluar BN baru-baru ini tidak banyak menguntungkan Pakatan.

Katanya, Anwar sedang cuba menggunakan Wilfred Bumburing dan Datuk Lajim Ukin, tetapi beliau tidak fikir yang pengaruh mereka akan melampaui Tuaran.-MK
comments (2) | | Read More...

Penulis : Unknown on Thursday 25 October 2012 | 14:39

Thursday 25 October 2012

PERSIDANGAN Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu bahawa kerajaan pusat akan menyediakan peruntukan RM650.19 juta bagi pelbagai program menambahbaik dan menaik taraf insftruktur jalan di luar bandar tahun depan. 

Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Sairin Karno berkata, peruntukan sejumlah RM60.19 juta disediakan bagi program jalan luar bandar, bekalan elektrik(RM400 juta) dan bekalan air (RM190 juta). "Peruntukan bagi program itu tidak disalurkan kepada kerajaan negeri. Namun demikian, agensi kerajaan negeri yang berkenaan terbabit dalam menyelaras dan memantau program berkenaan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Justin Guka (UPKO-Bingkor) semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah 23 Oktober 2012 lepas.
 
Sairin berkata, sebanyak RM501.96 juta dibelanjakan bagi program jalan luar bandar, RM380 juta bagi program bekalan elektrik dan RM633.62 juta untuk bekalan air sehingga 30 September lalu. 

Beliau berkata, kerajaan pusat menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melaksanakan program luar bandar dengan peruntukan sebanyak RM1,806.42 juta, program bekalan elektrik berjumlah RM1,338.5 juta dan program bekalan air berjumlah RM955.59 juta dari 2008 hingga tahun lalu. 

Sementara itu, menjawab soalan Melanie Chia Chui Ket (SAPP-Luyang) mengenai justifikasi jalan raya kedua yang menghubungkan Dewan Undangan Negeri (DUN), Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Japlin Akim menegaskan bahawa pembinaan jalan dengan kos RM14.9 juta itu merupakan jalan tetap yang dirancang semasa pembinaan bangunan DUN. 

Japlin berkata, pelaksanaannya terpaksa ditangguh disebabkan faktor kewangan dan akses sementara dari Jalan Sulaman dibina. 
 
"Selepas mengambil kira faktor keselamatan, selain daripada mengelakkan trafik antara kedua-dua pusat pentadbiran ini menggunakan jalan arteri yang sibuk, maka kerajaan memutuskan untuk membina satu jalan akses kekal menghubungkan kedua-dua pusat pentadbiran ini," katanya. -BERNAMA
comments | | Read More...

PR Terpaku : Prestasi Malaysia Berada Di Tangga 12 Dunia Paling Berdaya Saing


MALAYSIA adalah negara ke-12 paling berdaya saing bagi menjalankan perniagaan, demikian menurut laporan "Menjalankan Perniagaan" Bank Dunia Edisi 2013.
Kedudukan itu meletakkan Malaysia mengatasi negara-negara seperti Sweden (ke-13), Taiwan (ke-16), Jerman (ke-20), Jepun (ke-24) dan Switzerland (ke-28).
Kedudukan terkini Malaysia itu merupakan peningkatan yang memberangsangkan dari tempat ke-18 sebelumnya dan pada kedudukan ke-23 pada 2010 dan ini menunjukkan haluan daya saing yang meningkat sejak empat tahun yang lalu.
Laporan itu menyatakan peningkatan enam anak tangga di tempat ke-12 pada tahun ini merupakan lonjakan paling tinggi dalam kedudukan daya saing Malaysia.
Laporan itu mengkaji 185 ekonomi merentasi kriteria daya saing seperti kemudahan memulakan perniagaan, kelulusan mendapatkan lesen, kecekapan pentadbiran cukai dan kemudahan menjalankan perdagangan rentas sempadan.
Katanya, Malaysia memperbaiki kedudukan daya saingnya dalam lima bidang menjalankan perniagaan, iaitu Kemudahan Bekalan Elektrik (dari tempat ke-59 ke tempat ke-28); Pendaftaran Hartanah (dari tempat ke-59 ke tempat ke-33); Pembayaran Cukai (dari tempat ke-41 ke tempat ke-15); Perdagangan Rentas Sempadan (dari tempat ke-29 ke tempat ke-11) dan Urusan Permit Pembinaan (dari tempat ke-113 ke tempat ke-96). - BERNAMA
comments | | Read More...

Pensiangan nikmati 1Malaysia

Penulis : Unknown on Monday 22 October 2012 | 20:38

Monday 22 October 2012


Penduduk Pensiangan Nikmati Manfaat Gagasan 1Malaysia
Pensiangan, sebuan pekan kecil di bahagian pedalaman Sabah, kira-kira 120 kilometer dari Keningau, kini mengalami pembangunan rancak berikutan pelbagai dasar dan program pembangunan yang dilaksanakan untuk manfaat rakyat.
Kawasan pedalaman seluas lebih 6,000 km persegi dengan penduduk lebih 20,000 orang itu menerima hasil pembangunan yang sangat ketara sekali berbanding beberapa dekad yang lalu.
Semasa membandingkan kawasan itu yang sebelum ini berhutan tebal dan kini berubah wajah, Anggota Parlimen Pensiangan Tan Sri Joseph Kurup berkata usaha menangani masalah kemiskinan adalah agenda utama Barisan Nasional, (BN) khususnya di kawasan Parlimen Pensiangan.
“..kini projek pembinaan jalan raya, pembangunan desa, kemudahan asas seperti loji air, bekalan elektrik, bantuan projek perumahan rakyat dan sebagainya sedang dijalankan dan ada yang telahpun siap sepenuhnya.
“Tidak dinafikan dari segi geografinya, kita agak jauh dari pusat pentadbiran kerajaan. Tetapi, kerajaan tidak akan melupakan kita walau diceruk manapun kita berada untuk mengeluarkan rakyat di kawasan ini dari belenggu kemiskinan dengan pelbagai pendekatan dan program pembangunan,” katanya  ketika meninjau loji air daerah Nabawan bersama 20 peserta Kembara Media 1Malaysia dalam satu program anjuran Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan Sabah di sini, semalam.
Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata pembinaan tiga loji utama yang telah dan sedang dilaksanakan itu mampu menyediakan bekalan air bersih kepada penduduk sekitar terutama di daerah Sook, Nabawan dan Pegalungan.
Katanya, kerajaan membelanjakan RM96 juta bagi membina loji air di Pegalungan yang dijangka siap Mei tahun depan.
Beliau berkata RM98 juta pula diperuntukkan bagi pembinaan loji air Pinipi di Tulid, Sook yang kini 80 peratus siap untuk beroperasi pada Mac tahun depan.
“Antara tumpuan utama lain adalah untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat melibatkan cadangan pembinaan jalan raya dari Sepulot hingga ke Kalabakan dan pembinaan dua sekolah menengah baharu di Dalit,” katanya.
Menurutnya, pada masa kini, Loji Air Daerah Nabawan yang beroperasi pada 2009 membekalkan lapan juta liter air sehari kepada 15,000 pengguna di 10 buah kampung di sekitarnya.
Kurup turut berharap penduduk kawasan Pensiangan akan menerima manfaat daripada Belanjawan 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lepas bagi mengurangkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar, kesihatan serta bantuan dan insentif rakyat.
“Pada zaman dahulu, kita dapat lihat jalan kayu balak yang berlubang-lubang dan mengambil masa berjam-jam untuk pergi dari Sook ke Sinua serta dari Keningau mengambil masa 12 jam untuk ke Sinua, jalan raya tidak baik, penduduk daif, tahap kesihatan tidak seperti kini dan sekolah pun terhad,” katanya berkongsi pengalamannya pada majlis makan malam media sempena program Kembara Media selama dua hari itu.
Kurup juga memberi jaminan projek pembinaan Hospital Daerah Nabawan yang bernilai RM28 juta akan tetap dilaksanakan bagi memberi kemudahan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di kawasan berkenaan.
“Kita akan berusaha membina hospital itu dalam tempoh 15 bulan selepas menjangkakan untuk mengeluarkan tender sekurang-kurangnya pada tahun ini,” katanya.
Sementara itu, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan Sabah Ellron Alfred yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sook yang turut meninjau beberapa projek di sekitar kawasannya itu berkata kerajaan membelanjakan hampir RM600 juta bagi pelbagai program pembangunan untuk meningkatkan perkhidmatan dan infrastruktur di Sook sejak tahun 2008.
Beliau berkata RM143.5 juta diperuntukkan bagi menaik taraf jalan raya dari pekan Sook ke Kampung Tulid sejauh 34 km yang dijangka siap Jun 2014 dan RM148.9 juta bagi menurap jalan sepanjang 30km dari Batu Lunguyan ke Sinua dan RM9 juta pula diperuntukkan bagi membina jalan Minawo sejauh 9km.


comments | | Read More...

Panas : Pengundi di Sook Sudah Tidak Yakin Dengan Parti SAPP

Penulis : Unknown on Tuesday 16 October 2012 | 09:12

Tuesday 16 October 2012

SEJAK KEBELAKANGAN INI, penulis sangat minat menulis artikel berkaitan dengan perjuangan parti SAPP pimpinan Datuk Yong Teck Lee (YTL) di Sabah ini. Entah kenapa? Mungkin saya sudah kana "pugai" oleh parti SAPP sehinggakan saya sudah "jatuh cinta" sama SAPP? Jatuh cinta? Puiiii.....kalau sudah jatuh cinta, kenapa artikel yang saya tulis ini balik-balik "menghentam" YTL dan SAPP jak? Hihihi.....apa boleh buatlah.....kalau sudah begitu keadaannya berkaitan dengan SAPP, terima ja lah ya wahai orang SAPP.

Berita terbaru yang menunjukkan bahawa SAPP bakal "gulung tikar" ialah apabila seramai 553 orang ahli parti SAPP dari 8 cawangan di Sook Parlimen Pensiangan telah keluar meninggalkan parti dan menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS-BN).

Kesemua 553 orang bekas ahli parti SAPP tersebut telah menyerahkan borang keahlian mereka kepada Tan Sri Joseph Pairin Kitingan semasa Mesyuarat Bahagian PBS Kawasan Sook pada 11 Oktober 2012 yang lepas di Sook. Tindakan beramai-ramai ahli meninggalkan parti SAPP sudah semestinya memberikan tamparan yang hebat kepada kepimpinan YTL dan SAPP Sabah. Apa yang menyedihkan lagi ialah Timbalan Ketua Bahagian SAPP Sook iaitu Jake Jikah Sintah juga turut meninggalkan parti SAPP.

Apa lagi SAPP??? Tidak mendapat sokongan sudah  SAPP di Sabah ini. Keahlian pun macam "ciput".....sikit dan tidak ramai.....macam mana mahu menang dalam PRU-13 akan datang ini???
comments | | Read More...

Jualan Lelong : Manifesto Parti SAPP "Lapuk" Dan Meniru BN

Penulis : Unknown on Monday 15 October 2012 | 15:13

Monday 15 October 2012

MANIFESTO SAPP bagi menghadapi PRU-13 akan datang ini yang diperjuangkan oleh Yong Teck Lee (YTL) dan penyokong-penyokongnya diumpamakan sebagai "kulat yang sudah lapuk"...."bangas" orang bilang. Manifesto tersebut yang bertujuan untuk mendapat sokongan rakyat ternyata menciplak daripada dasar yang dibuat oleh kerajaan pada masa sekarang ini.

Bagi YTL melalui manifesto tersebut, beliau akan melaksanakan kesemua perancangan untuk rakyat Sabah tanpa beliau mengetahui bahawa apa yang dirancang beliau sebenarnya sudah ada di depan matanya pada masa sekarang ini. Berikut adalah beberapa contoh Manifesto SAPP yang diperjuangkan oleh YTL yang boleh dikatakan sebagai "lapuk".


1. PEMBANGUNAN SOSIAL
i. Perpaduan dan keadilan sosial
SAPP berikrar untuk membina sebuah masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu, hidup dalam aman dan harmoni, menjunjung toleransi dan kebebasan beragama dengan berlandaskan Perlembagaan Negeri dan Persekutuan.

SAPP berikrar :
• menolak politik perkauman dan ekstrimis agama.
• membasmikan amalan politik dan diskriminasi
perkauman.
• membina masyarakat madani yang bermaruah.
• membasmi rasuah dan ketidakadilan sosial.

ii. Masyarakat Penyayang
Setiap rakyat Malaysia di Sabah yang memiliki Sabah IC akan berhak menerima
bantuan dan kebajikan sosial tanpa mengira latar belakang etnik dan agama.

SAPP berikrar kepada Rakyat Sabah yang memegang IC Sabah:
• memberi bantuan terus kepada kumpulan sasar untuk membasmi kemiskinan tegar.
• memberi bantuan kepada OKU, warga emas, ibu/bapa tunggal dan anak-anak yatim.
• Rumah Sabah di Kuala Lumpur akan mengambil tanggungjawab tambahan dalam memberi bantuan dan kaunseling kepada rakyat Sabah yang bekerja atau belajar atau tinggal di Semenanjung Malaysia.

iii. RM 300 Juta Untuk Pembeli Rumah Pertama
Perumahan adalah keperluan asas manusia. Ramai orang sekarang ini tidak mampu membeli dan memiliki rumah terutama sekali kumpulan yang berpendapatan rendah kerana harga rumah sudah melambung tinggi.

SAPP berikrar kepada pemilik Sabah IC:
- untuk memenuhi matlamat satu keluarga satu rumah
• menubuhkan tabung pusingan berjumlah RM 300 juta untuk pembeli rumah pertama.
• mengadakan kempen rumah setinggan sifar .
• mengadakan perumahan percuma untuk miskin tegar.
• menawarkan premium yang lebih rendah untuk pemaju perumahan kos rendah.

iv. Pembelajaran
Pelajaran adalah satu-satunya keperluan penting untuk kemajuan sesebuah masyarakat dan pembentukkan insan yang seimbang dari segi kerohanian, fizikal dan minda.

Dibawah "SATU NEGERI DUA SYSTEM",
Kerajaan SAPP berikrar :
• Sabah akan membenarkan sekolah di Sabah untuk memilih amalan PPSMI (pengajian sains dan matematik dalam bahasa Inggeris)
• Untuk menyelesaikan masalah bersabit dengan perkhidmatan guru sandaran dan kekurangan guru disekolah-sekolah vanikular akan diatasi.
• Yayasan Sabah akan mempertingkatkan usahanya ke arah merapatkan jurang perbezaan sosial dengan menghulurkan bantuan dalam bentuk pembinaan asrama diluar bandar terutama sekali di kampung-kampung terpencil.
• Untuk memberikan biasiswa, busari dan bantuan kewangan sebagai pendahuluan oleh kerajaan negeri dan juga Yayasan Sabah akan diagihkan secara adil dan telus kepada semua rakyat Malaysia yang memegang IC Sabah berdasarkan kelayakan.
• Membantu penuntut-penuntut miskin dan memerlukan terutama dari kampung terpencil akan diberi bantuan kewangan oleh Yayasan Sabah.
• Komited dalam pembangunan pembelajaran Negeri dan akan memperuntukkan dana setiap tahun untuk semua sekolah-sekolah vanikular dan mission di Sabah.
• Sabah adalah sebuah negeri yang tinggi tahap "keciciran pelajar" di Malaysia. Dalam usaha untuk memberi peluang kedua kepada anak-anak muda ini, SAPP akan mengadakan program kelas malam dewasa yang komprehensif di seluruh negeri. Elaun akan diperkenalkan untuk menggalakkan pengajian sepanjang hayat untuk mengelakkan kaum belia terjebak dalam kancah yang tidak menguntungkan dan menggelakkan gejala buta huruf dan lingkungan kemiskinan.

v. Warisan Sabah
SAPP komited untuk menjaga dan mempertahankan kebudayaan semua kaum di Sabah berdasarkan keadilan dan kesaksamaan, di samping menghormati kebudayaan semua rakyat Malaysia.

Memandangkan kedudukan dan pengalaman istimewa Sabah, Kerajaan SAPP akan menubuhkan sebuah panel yang akan memastikan sejarah Sabah berada dalam perspektif yang betul.

2. AMANAH PROGRESIF KESEJAHTERAAN RAKYAT SABAH
SAPP bercadang untuk menubuhkan amanah kebajikan rakyat dinamakan AMANAH PROGRESIF RAKYAT SABAH (APRS). Sumber dana untuk tabung amanah ini akan disalurkan dari hasil minyak dan gas dan sumber-sumber lain.

Rakyat Malaysia yang sudah berumur 21 tahun, yang telah berdaftar sebagai pengundi dan bermastautin di Sabah serta memegang "IC Sabah" akan layak untuk menerima pembahagian wang tunai yang jumlahnya akan diputuskan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah.

3. PERSEKITARAN MAMPAN
Secara Global Sabah terkenal dengan alam semulajadinya. Adalah amat penting kita menguruskan khazanah dan warisan semulajadi ini dengan secara mampan.

SAPP berikrar:
• Memastikan semua aktiviti pembalakan dan penanaman semula dijalankan dengan cara terkawal menurut kaedah antarabangsa berdasarkan International Tropical Timber Organisation ( ITTO)
• Mewujudkan satu sistem yang memberi penekanan terhadap sumber pengaliran tenaga.
• Menggalakkan budaya kitar semula dengan mengadakan sistem infrastuktur yang komprehensif dengan bantuan sistem operasi mesra penguna.
• Menyokong dan menggalakkan penggunaan teknologi hijau.




4. MEMPERKASAKAN KAUM BELIA
SAPP berazam untuk memperkasakan kedudukan kaum belia Malaysia di Sabah. Harapan dan inspirasi belia seharusnya didengar oleh pihak penggubal dasar hari ini. Dengan itu SAPP komited terhadap perkara perkara berikut:

  i. Program Motivasi dan Dayausaha Belia (PMDB)
Program proaktif ini akan menjadi sebahagian dari keutamaan usaha membasmi pengangguran dikalangan belia di Sabah demi memupuk disiplin, belia pelbagai kemahiran dan satu kuasa yang produktif.

ii. Sabah Youth Assembly (SYA)
Bermodalkan parlimen Belia United Kingdom, landasan ini menggalakkan orang-orang muda berusia antara 15-25 untuk memilih "Yang Berhormat Muda" (YBM) mereka. Kawasan yang diwakili adalah dalam struktur kawasan pilihanraya yang ada sekarang. Satu mekanisma akan diwujudkan untuk menggunakan keperluan modal insan yang terdapat dalam organisasi belia yang lain.
iii. Perkembangan Sukan
SAPP mengambil berat tentang pentingnya sukan dalam pembangunan Negara. Hingga kini SAPP akan menyokong perkembangan sukan dengan memberi perhatian terhadap dana tabung dan infrastuktur kesukanan dan memastikan semua kemudahan ini akan disalurkan kepada semua peringkat.

iv. Seni dan Kebudayaan Untuk Belia
Menyedari kemunculan generasi berbakat kreatif diSabah, Kerajaan SAPP akan memberi sokongan dan menyediakan dana yang secukupnya untuk perkembangan seni, kebudayaan dan sektor pembuatan perfileman yang begitu giat sekali di Sabah.

5. MEMPERKASAKAN KAUM WANITA
SAPP menyedari pentingnya kaum wanita sebagai satu sumber dan memperakui hak asasi wanita terhadap pelbagai peluang, keterbukaan kepada pelbagai sumber, penyertaan dalam proses membuat keputusan dan pendedahan terhadap kuasa. Sokongan padu diberikan kepada kaum wanita dalam apa juga bidang kemajuan masyarakat.

SAPP berikrar:
- akan berusaha untuk mempertingkatkan penyertaan kaum wanita
dalam bidang utama pembentukan dasar baik dalam kerajaan
atau pun dalam bidang politik.

- menggalakkan kaum wanita dalam penampilan dibidang
ekonomi di Luar Bandar dengan memfokuskan kepada apa
juga sumber yang ditawarkan.

- memastikan wanita sebagai ketua keluarga akan diberi
peluang mendapatkan bantuan perumahan dan kewangan.


6. PEMBANGUNAN ICT
Kerajaan SAPP akan melaksanakan satu program berdasarkan bidang kuasa kerajaan negeri dalam perkara penambahbaikan infrastuktur ICT dengan mengambil tindakan berikut:-

- menubuhkan infrastruktur informasi Pan Borneo.

- memberikan perkhidmatan internet percuma untuk semua
sekolah di Sabah.

- membina "Pusat E-Tuisyen" yang akan memberi perkhidmatan
tuisyen percuma untuk semua sekolah melalui perkhidmatan
internet.



7. PENUBUHAN SURUHANJAYA AKTIVITI PERJUDIAN
Rakyat Sabah membelanjakan RM 700 juta setiap tahun terhadap aktiviti perjudian berlesen. Ini telah mengakibatkan gejala sosial dan penjejasan ekonomi Sabah yang begitu serius.

SAPP berikrar untuk menubuhkan "SURUHANJAYA AKTIVITI PERJUDIAN" bertujuan untuk membasmi dan memantau aktiviti perjudian yang begitu rancak di Sabah.

Suruhanjaya aktiviti perjudian ini akan membuat kajian pemantauan dan mencadangkan kepada kerajaan Negeri dan Pusat tentang dasar dan penguatkuasaan yang diperlukan untuk melindungi ekonomi rakyat dari gejala kotor perjudian. Khidmat kaunseling akan ditawarkan dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu penagih judi membuang tabiat buruk ini. Usaha khusus akan dilaksanakan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam mengenalpasti dan menghalang aktiviti perjudian internet.


8. KEPERLUAN TENAGA KERJA DAN PENDAPATAN SARA HIDUP
Pengeluaran produktif tenagakerja tempatan telah ketinggalan begitu jauh dibelakang dibandingkan dengan negeri dan kawasan lain. Ini disebabkan oleh kegagalan sistem pembelajaran, dasar tenagakerja dan struktur sosio-ekonomi kita sejak berdekad yang lalu.

SAPP percaya gaji minima untuk tenagakerja tempatan akan berhubungkait dengan pengeluaran produktiviti dan di atas tahap kemiskinan. Dengan itu, SAPP mempertahankan dasar pendapatan sarahidup. Kita juga memerlukan pekerja asing untuk memenuhi perkembangan ekonomi Sabah, akan tetapi ianya harus diberi perhatian dan pemantauan yang teliti.

Untuk mencapai perseimbangan ini, perundingan secara rapi dan ikhlas harus diadakan antara kerajaan, pertubuhan pekerja, persatuan majikan, konsultan bebas dan pakar perunding. Tujuannya adalah untuk mewujudkan suasana cerah, mesra dagang ekonomi dimana tenagakerja akan dibayar secara adil disekitar suasana kerja yang lebih kondusif.
comments (8) | | Read More...

PANAS : Bajet Alternatif PR Bercanggah Dengan Buku Jingga...Penyokong PR Sabah Tatap Sukung???

Penulis : Unknown on Friday 12 October 2012 | 14:00

Friday 12 October 2012

MEMANG SUDAH menjadi lumrah apabila pembangkang sentiasa mencari kelemahan dan menimbulkan keraguan kepada Bajet yang dibentangkan. PR perlu mempertikai Bajet kerajaan pemerintah bagi mengalih pandangan rakyat daripada Bajet tong kosong yang dibentangkan mereka.

Perbezaan utama kedua-dua Bajet adalah:

Pertama, ruang lingkup atau skop golongan rakyat yang mendapat manfaat di mana Bajet BN merangkumi semua golongan dari OKU hinggalah kepada korporat tetapi Bajet PR hanya melibatkan rakyat secara umum.

Keduanya, perancangan BN jelas mengambil kira kesan dalam jangka masa panjang tetapi PR hanya fokus kepada kesan segera. Kesan segera yang nyatakan sekali adalah untuk meraih undi dan membiarkan akibatnya kepada negara bagi kemudian hari menjadi barah.

Ketiganya, Bajet BN adalah menjurus kepada kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara tetapi PR hanya menumpukan kepada faedah langsung kepada rakyat tanpa memikirkan kesannya kepada ekonomi negara.

Keempat, Bajet BN adalah selari dan tidak pernah tergelincir dari corak dan jatidiri negara yang berlandaskan dasar-dasar ekonomi sedia tetapi Bajet PR kelihatan cenderung untuk mencabar dasar-dasar negara, malah tidak begitu konsisten dengan Buku Jingga mereka sendiri.

Buku Jingga Bercanggah?

Percanggahan itu dipercayai melibatkan penghapusan duti eksais kenderaan sebanyak 20%, pendidikan percuma dan penghapusan PTPTN.

Laman suara PR memperakui percanggahan ini dan memberi alasan bahawa insentif tersebut bersifat jangka panjang sedangkan Buku Jingga adalah janji 100 hari pertama Pakatan Rakyat jika diberi kuasa untuk memerintah negara.

Akhirnya mereka akui pelbagaian langkah tidak akan laku segera tapi mengambil masa.


Percanggahan Bajet Alternatif dengan Buku Jingga menunjukkan mereka berniat untuk membohongi dan mengelirukan rakyat. 

PR mewar-warkan Bajet mereka membolehkan rakyat mendapat tambahan pendapatan sebanyak RM930 setiap bulan dari penjimatan-penjimatan harga kereta sebanyak RM70, penghapusan tol (RM50), peminjam PTPTN yang layak (RM200), elaun pengajaran khas yang dijanjikan dalam Buku Jingga (RM500), sumbangan ke dalam Caruman Wanita Nasional (RM50) dan penjimatan daripada harga makanan dan barangan susulan kos minyak dan pengangkutan (RM60).

Masalah dengan pemikiran pengurus ekonomi yang berkelulusan Pengajian Melayu dengan gred cukup-cukup makan adalah bukan semua rakyat terlibat dengan pinjaman PTPTN, bekerja sebagai guru yang mendapat elaun RM500 sebulan serta melalui jalan bertol. Majoriti rakyat berada di kampung-kampung dan bandar-bandar kecil.

Penjimatan harga kereta sebanyak RM70 tidak akan membawa banyak perbezaan.  Manakala penurunan harga minyak dan makanan adalah bergantung kepada harga pasaran dunia dan bukan seratus-peratus di tangan kerajaan PR.

Katakanlah kerajaan PR mampu menunaikan semua janji ini, langkah ini semua akan meletakkan negara dalam keadaan krisis dalam masa hanya beberapa tahun dari perlaksanaannya.

Manakala perancangan PR untuk memecahkan monopoli dalam perniagaan akan mendedahkan GLC kepada pemilikan asing selain ‘menjerut’ peluang kaum bumiputera untuk sama-sama duduk di bangku korporat.-theunspinners.
comments | | Read More...

Kewangan Tidak Kukuh : SAPP Dan STAR Akan Minta Derma Dan Penderma Boleh Ramas Buah Dada??? Batul Ka itu?

Penulis : Unknown on Thursday 11 October 2012 | 12:14

Thursday 11 October 2012

DALAM MENGHARUNGI PRU-13 akan datang ini, parti  SAPP dan STAR sudah semestinya akan memerlukan modal yang besar untuk membiayai kempen politiknya itu. Persoalannya....adakah parti-parti berkenaan mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk membiayai kegiatan politiknya terutamanya merangkumi kesemua 25 kerusi Parlimen dan 60 kerusi DUN di Sabah ini?

Kalau sudah begitu keadaannya, mungkin macam-macam taktik boleh dilakukan oleh SAPP dan STAR untuk mengumpul dana bagi membiayai aktiviti politiknya itu. Apa yang lucunya ialah adakah SAPP dan STAR akan tergamak dengan meminta derma daripada orang ramai dan kemudian menawarkan penderma meramas buah dada ("siapa") sebagai tanda terima kasih? Kalau nak pegang buah dada banyak kali, kena menderma banyak kali.....batul ka itu? Hahaha.....peliklah kalau sudah tergamak begitu. Tapi tidak mustahil.

Perkara berkaitan dengan mengutip derma ini memang berlaku di negara Asia yang lain iaitu Jepun. Sebuah saluran televisyen porno di Jepun telah mengerahkan artis-artisnya membantu kempen anti AIDS. Dalam acara itu, artis-artis wanita menyediakan ruang dadanya untuk dipegang, diraba dan diramas oleh lelaki bermur 18 tahun ke atas dengan syarat mesti menderma.

Saluran televisyen berkenaan iaitu Paradise TV, telah membuat satu rancangan iaitu "Erotica Will Save the World", yang berlangsung pada 25-26 Ogos 2012 lalu di Tokyo bagi tujuan mengutip derma bagi membantu kempen AIDS. Peserta dikehendaki menderma wang, kemudian disuruh basuh tangan, baru diizinkan pegang sekitar kawasan dada salah seorang dari 10 artis yang disediakan itu, demikian menurut laman The Huffington Post. Masing-masing peserta berhak memegang dua kali apabila sudah menderma.

Jika mereka masih merasa tidak puas, nak ramas lagi, kenalah derma  semula. Seluruh dana yang dikumpulkan dalam acara itu diserahkan kepada STOP!AIDS, sebuah organisasi yang berfokus kepada cara pencegahan dan anti AIDS.

Melihat kepada keadaan ini, adakah SAPP dan STAR sanggup berbuat demikian? Kalau time pilihanraya disuruh buat begini, gerenti menang besar parti pembangkang di Sabah ni. Berebut-rebut pengundi lelaki mengundi parti pembangkang kemudian dapat memegang buah dada. Batul ka itu??? Hahahaha......jangan jak buah dada pondan la. LAIN KALILAH........!!!
comments (1) | | Read More...

Yong Teck Lee "Budak Hingusan" Suka Buat Kacau?

Penulis : Unknown on Wednesday 10 October 2012 | 13:25

Wednesday 10 October 2012

SUATU KETIKA dahulu semasa Pilihanraya Kecil Batu Sapi pada tahun 2010, kelibat Yong Teck Lee (YTL) telah menonjol apabila menjadi calon pembangkang mewakili parti SAPP menentang calon BN dan PKR. Apa yang menariknya di sini ialah YTL yang pada masa itu "bersahabat" dengan PKR telah berubah fikiran dan menentang "perjanjian" yang dibuat sesama mereka. Sesetengah pemimpin parti pembangkang melabelkan tindakan YTL adalah sebagai 'budak hingusan' yang tidak pandai berpolitik dan suka buat kacau.

Kesan daripada tindakan YTL, Wan Azizah isteri kepada Anwar Ibrahim melenting dan menghina serta menuduh YTL sebagai pengacau (spoiler) kepada perancangan yang mereka buat. Adakah YTL tiada maruah hingga sanggup diperlekeh-lekehkan oleh Wan Azizah seperti budak hingusan? Nahhhh.....INI KALILAH!!!

Jika kita teliti berkaitan dengan perkembangan Parti Maju Sabah (SAPP) yang dipimpin oleh YTL, SAPP adalah seperti parti 'pengacau' yang tidak mempunyai kawan dalam perjuangan pembangkang. SAPP diisytiharkan sebagai salah satu parti yang menganggotai United Borneo Front (UBF) tetapi apa yang ada pada UBF? Persoalan yang timbul juga adalah macam mana pula kerjasamanya dengan parti STAR? Ngam ka mereka itu?

Apa yang paling malang sekali bagi YTL dan SAPP ini ialah parti tersebut diperkecil-kecilkan dan dihina oleh Pengerusi DAP Sabah, Dr Hiew King Cheu yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Kinabalu. Bagi DAP, SAPP adalah sebuah 'parti nyamuk', parti yang kerdil dan 'nonsense' termasuk presidennya sekali YTL. Menurut Hiew King Cheu lagi, Pakatan Rakyat dan DAP adalah parti Nasional yang handal berbanding SAPP. Wahhh....tajam sindiran itu dan amat memalukan YTL dan seluruh penyokong kuat SAPP di Sabah ini.....manala YTL mahu letak muka kalau begini. Buat "plastic surgery" ka? Hahaha....

Dalam mengharungi PRU-13 akan datang ini, ramai yang melihat YTL sebagai 'budak hingusan' darjah 1 kerana masih dalam dilema meraba-raba bagi mengukuhkan kekuatan parti SAPP. Walaupun YTL sudah lama berkecimpung dalam bidang politik dan pernah menjadi Ketua Menteri Sabah, perjuangannya tidak menentu dan terumbang-ambing. Apa yang paling menarik sekali ialah YTL dan SAPP "DITINDAS" dan diperlekehkan oleh PKR dan DAP.....mungkin juga oleh STAR, Lajim dan Bumburing.

Melihat kepada keadaan ini, peluang YTL adalah amat tipis sekali dalam PRU-13 akan datang ini. Ada yang menjangkakan, kekalahan teruk YTL dalam PRU-13 akan datang ini akan menyebabkan SAPP akan terus terkubur dan mungkin akan dibubarkan. Naaaa......habislah YTL ini.
comments | | Read More...

Syok Sendiri : Pelancaran Angkatan Perubahan Sabah Oleh Wilfred Bumburing Hambar

Penulis : Unknown on Monday 8 October 2012 | 11:17

Monday 8 October 2012

MALANGNYA NASIB Datuk Wilfred Bumburing apabila pelancaran Angkatan Perubahan Sabah (APS) di PAPAR pada 06 Oktober 2012 yang lepas di kg. Limputung, Papar hambar dan tidak mendapat sambutan dari masyarakat setempat. Walaupun 'promosi' telah dibuat awal berkaitan dengan perjumpaan tersebut tetapi masyarakat di sekitar Papar tidak mengendahkannya kerana masyarakat tidak menerima kehadiran Wilfred Bumburing dan APS di Papar.

Pihak penganjur perhimpunan tersebut mengatakan bahawa kehadiran masyarakat dalam perhimpunan tersebut adalah seramai 300 orang tetapi sebenarnya tidak sampai 300 orang. Kehadiran hanyalah sekitar 120 orang sahaja. Ini membuktikan bahawa perhimpunan tersebut tidak mendapat sokongan daripada masyarakat sekitar di Papar.

Apa yang menariknya semasa pelancaran APS di Papar pada 06 Oktober 2012 yang lepas ialah parti STAR pun membuat perjumpaan politik di tempat lain? Apa sudah jadi ini. Naaaa....tinguuu....macam tidak ngam STAR dengan APS kan??? Perang sesama sendiri tu....bertembung membuat acara politik untuk mendapat sokongan pengundi.

Hasil daripada pemerhatian dan sumber-sumber yang ada, kehadiran dalam perhimpunan APS tersebut "diramaikan" oleh penganjur yang datang dari luar Papar. Kehadiran rombongan mereka iaitu dari Tuaran dan Kota Kinabalu menampakkan bahawa itu adalah cara mereka untuk menunjukkan bahawa kehadiran masyarakat adalah ramai dalam majlis tersebut TETAPI rupa-rupanya ada udang di sebalik mee.

Hasil daripada tinjauan yang dibuat juga, masyarakat kampung dan kawasan sekitar terkejut dengan kehadiran penganjur di kawasan berkenaan. Mereka menganggap bahawa ia adalah satu mainan politik yang cuba untuk memecah-belahkan perpaduan masyarakat di kawasan berkenaan.

Respon daripada penduduk setempat mengatakan bahawa mereka yang hadir ke majlis tersebut hanya untuk mendengar sahaja apa yang "di bawa" oleh Wilfred Bumburing ke kampung mereka. Tambah mereka lagi, tetamu dari luar yang datang mereka sambut sajalah.....lagipun majlis tersebut diatur oleh  Herman Mianus dan memaksa penduduk kampung untuk hadir ke majlis berkenaan. Bagi mereka, kehadiran mereka ke majlis tersebut tidak semestinya menyokong perjuangan APS dan parti pembangkang.

Apa yang lucu nya semasa majlis tersebut ialah bekas MP Beaufort iaitu Datuk Cleopas Ondu Majakil yang berumur 82 tahun mereka "angkat" khas dari Beaufort untuk mengaburi pengundi di kawasan berkenaan bagi menunjukkan bahawa perjuangan APS mendapat rahmat dari pemimpin politik veteran.... 82 tahun???? Hahaha....sia punya beliau yang berumur 84 tahun pun tidak sibuk sudah pasal politik. Bagus duduk-duduk rumah makan kuaci kan???

Yang PALING LUCUNYA lagi ialah....mana perginya Datuk Lajim Ukin dalam majlis tersebut??? Pelancaran APS tetapi Pakatan Perubahan Sabah (PPS) tidak hadir sekali. Apa macam ini??? Apa itu APS dan PPS? Lajim Ukin copkan dirinya sebagai "KETUA PEMBANGKANG" di Sabah yang nak sangat jadi Ketua Menteri tu tetapi batang hidungnya pula tidak nampak??? Aiyaaa.....tse-tse orang cina bilang!!

Hahaha....kalau diikutkan, APS telah menceroboh kawasan PPS.....tak gitu??? Papar tu sebelah Beaufort jak tetapi kenapa APS yang datang jauhnya dari Tuaran mau buat pelancaran di Papar pulak??? ATAUPUN....errrrr......mungkin juga si Lajim tidak dapat masuk ke kawasan Papar kerana takut dan tidak disokong oleh pengundi di Papar??? Errr.....macam betul jak tu ye? Pasang angan-angan mahu jadi Ketua Menteri Sabah tetapi kawasan Parlimen Papar pun tidak boleh masuk....apa macam itu??? Lawak kan???

Kehadiran Wilfred Bumburing dalam majlis tersebut nampak sangat untuk memecah-belahkan sokongan dan perpaduan kaum di antara KDM serta  suku kaum yang lain di Papar. Beliau telah menekankan peranan kesatuan KDM dalam menumbangkan Barisan Nasional di PRU13 nanti. Persatuan KDM digunakan untuk menumbangkan kerajaan BN??? Aiyaaa taiko....apa macam itu??? Jangan gunakan persatuan la untuk tujuan politik. Kalau dah hebat sangat tu, sepatutnya lu boleh masuk semua kawasan tanpa menumpukan persatuan kaum untuk tujuan politik. Salah sudah itu taiko!!!

Kedatangan pemimpin pembangkang lain dalam majlis tersebut seperti Thamrin Hj. Jaini selaku Pengerusi PKR negeri, Datuk Kalakau Untol selaku Majlis Ahli Tertinggi PKR Pusat, Datuk Karim Ghani selaku Pengarah Strategik PKR Negeri, Datuk Hj. Yahya Lampong, Datuk Monggoh Orow dan Pengarah APS Datuk Herman Tiongsoh belum meyakinkan lagi masyarakat di Papar tentang perjuangan parti pembangkang. Bagi mereka, parti pembangkang hanya menabur janji-janji kosong sahaja tetapidan tidak boleh dipercayai.

Apapun....perjuangan APS atau PPS dan perjuangan parti pembangkang yang lain di Sabah ini lebih kepada untuk memenuhi agenda politik peribadi masing-masing. Pengundi yang bijak harus menilai tindakan mereka. Apa yang paling ketara sekali ialah parti pembangkang di Sabah ini nampak sangat berpecah-belah dan menjalankan aktiviti masing-masing untuk tujuan merebut monopili kuasa.

LAIN KALILAH!!!



comments (5) | | Read More...

PEMIKIR POLITIK JERANTUT: PANAS!! INI DIA KENYATAAN PANAS BUAT PR MENGAKU KO...

Penulis : Unknown on Tuesday 2 October 2012 | 12:22

Tuesday 2 October 2012


PANAS!! INI DIA KENYATAAN PANAS BUAT PR MENGAKU KOTOR?!!!

Setiap kali pembentangan bajet oleh kerajaan, setiap kali itulah puak pembangkang mengemukakan belajawannya sendiri.

Perkara ini berlaku sejak 2008 apabila pembangkang yang menjenamakan diri mereka Pakatan Rakyat berjaya menafikan Barisan Nasional majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Pembangkang berasa amat teruja, gah malah timbul riak dan sombong sambil mendabik dada seperti dalam filem King Kong bahawa merekalah juara rakyat.

Malangnya mimpi mereka untuk menduduki Putrajaya tidak tercapai kerana rakyat masih mempercayai dan meletakkan keyakinan kepada BN dan Umno sebagai tunjang utama pemerintahan negara.

Pelbagai taktik digunakan oleh pembangkang untuk menunjukkan rakyat mereka adalah lebih baik daripada BN.

Apatah lagi apabila Anwar Ibrahim memasukki semula Parlimen sebagai Ketua Pembangkang pada Ogos 2008, bertambah rancaklah adegan dan lakonan mereka di bawah bekas banduan Penjara Sg Buloh itu sebagai sutradara.

Antara pementasan tahunan Anwar ialah membentangkan "Bajet Pembangkang" yang akan dilakukan sehari dua sebelum Perdana Menteri membentangkan belanjawan negara bagi tahun 2013.

Tahun ini pembangkang berbuat demikian pada hari Rabu 27 September iaitu dua hari sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak berucap di Parlimen.

Inilah taktik Anwar setiap tahun kerana sekiranya ada sedikit persamaan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dengan belanjawan olok-olokan pembangkang, maka senanglah beliau menuduh bahawa BN menciplak ide-ide tersebut daripada Pakatan Rakyat.

Tahun ini tidak ada bezanya dengan tahun-tahun sebelumnya.

Walaupun dilabel gagal menjalankan tugas sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, namun Anwar tetap mahu membuktikan pengalamannya sebagai Menteri Kewangan selama lapan tahun masih bersinar dan menyengat.

Hakikatnya senario kewangan dunia dan ekonomi global sudah jauh berubah meninggalkan Anwar yang masih terkongkong dalam kepompong pemikiran pengurusan ekonomi yang lapuk dan usang.

Bagi beliau, jika harga minyak petrol semasa di dakwa tinggi, jawapannya ialah ia perlu diturunkan.

Jika kini pelajar meminjam daripada PTPTN untuk membiayai pendidikan di kolej atau universiti, Anwar mencadangkan pula untuk menghapuskan tabung pembiayaan itu dan mahu pendidikan diberi secara percuma.

Hairan pula semasa berkuasa penuh sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tidak pula timbul dari benaknya untuk berjuang bagi kepentingan golongan pelajar.

Mungkin Anwar lupa ide penubuhan PTPTN itu sendiri datangnya dari beliau dan kini sudah bertukar tempo untuk menjadi hero golongan pelajar pula.

Begitulah halnya dengan tindak tanduk Anwar membentangkan "Bajet Pembangkang" dalam Parlimen.

Perbuatan tersebut hanya menyerlahkan kebodohan tahap gaban puak pembangkang yang tidak mengerti konsep demokrasi.

Bajet sesebuah negara hanya dibentangkan oleh Perdana Menteri yang mewakili parti yang berkuasa ketika itu.

Tidak pernah berlaku di mana-mana negara Komanwel hatta negara-negara serantau pun, pihak pembangkang sibuk memperkenalkan bajet versi mereka sebelum kerajaan yang memerintah berpeluang berbuat demikian.

Perkara tersebut hanya berlaku di Malaysia di mana pembangkang tidak dapat menerima hakikat bahawa PKR, DAP dan PAS bukanlah parti pemerintah di peringkat Pusat.

Jadi apa perlunya mereka bersusah payah mencengkang mata untuk menerbitkan dokumen belanjawan selain yang dibentang oleh Perdana Menteri?

Inilah yang dikatakan oleh pepatah Melayu, pandai tidak terikut, bodoh tidak terajar!

Siapa peduli "Bajet Pembangkang" kerana rakyat tahu mereka tidak memiliki kuasa atau otoriti untuk melaksanakan walaupun satu titik noktah daripada bajet palsu itu.

Jadi tidak perlu langsung untuk memperkatakan, membincangkan atau pun membahaskan sesuatu yang hanya wujud dalam dunia fantasi pembangkang sebab ia semata-mata gimik politik.

Pihak yang mampu melaksanakan segala apa yang terkandung dalam ucapan Belanjawan 2013 oleh Perdana Menteri ialah BN sebab BN yang memerintah dan BN yang mempunyai kuasa penuh untuk menunaikan setiap janji yang dibuat olehnya.

Kalau dalam bahasa mahkamah, perbuatan pembangkang mengeluarkan cadangan bajet tersendiri disebut sebagai perkara enteng atau frivolous dan tidak salah dikatakan membuang masa dan juga satu tindakan yang amat tidak produktif. 

Mungkin juga ada eloknya Pakatan Rakyat menunjukkan sikap bodoh sombong mereka kerana lebih senang rakyat membuat pilihan pada PRU 13 nanti.
comments (3) | | Read More...

Anthony Mandiau VS John Mitah Mikat VS Datuk Maijol Mahap VS Datuk George Sangkin VS Dr. Nelson Missin Isytihar Perang Merebut Kerusi

Penulis : Unknown on Monday 1 October 2012 | 12:55

Monday 1 October 2012

ANGIN yang bertiup kuat sekarang ini berkaitan dengan konflik perebutan untuk menjadi calon pembangkang di Kota Marudu semakin panas. Kesemua orang kuat parti pembangkang yang merasakan mereka adalah "winnable candidate" parti pembangkang pada masa sekarang bergerak untuk memenangi undi rakyat Kota Marudu. Walau bagaimanapun, tindakan mereka itu sebenarnya menimbulkan konflik sesama mereka kerana kesemuanya ingin menunjukkan kekuatan masing-masing. Maka dengan itu, perang secara senyap antara mereka telah berlaku dan pada masa sekarang ramai pengundi di Kota Maru sudah mengetahui konflik yang mereka alami itu.

Dalam artikel pertama yang lepas, penulis telah sempat singgah di Penampang untuk melihat senario calon-calon pembangkang di sana....lihat artikel untuk bacaan. Untuk artikel Bahagian ke-2 kali ini pula, penulis sempat singgah di Kota Marudu bagi meneliti tindak tanduk dan aktiviti parti pembangkang di sana.


Anthony Mandiau, Datuk Maijol Mahap, John Mitah Mikat,  Datuk George Sangkin, Dr. Nelson Missin adalah nama-nama yang sinonim dengan parti pembangkang di Kota Marudu
pada masa sekarang ini. Tindak tanduk mereka yang bergerak di Parlimen Kota Marudu untuk menjadi "The Best".....kunu di kalangan parti pembangkang kadang kala seolah-olah syok sendiri. Rakyat di Kota Marudu telah keliru dengan usaha mereka dan menganggap tindakan mereka itu lebih kepada untuk mempromosikan peribadi mereka supaya diangkat menjadi calon pembangkang yang kuat.....itupun kalau jadi calon. Hahaha.....

Menurut masyarakat di Kota Marudu lagi, tindakan tersebut sebenarnya untuk memenuhi agenda peribadi masing-masing dan menyebabkan masyarakat berpecah-belah. Mereka menabur janji-janji yang pelik dan tidak pasti boleh ditunaikan sedangkan peribadi dan keluarga mereka sekarang pun belum boleh terjaga dengan baik tambah mereka lagi.

ANTHONY MANDIAU, Ketua Cabang PKR Kota Marudu yang merupakan juga "Kambing Hitam Anwar Ibrahim pada masa sekarang bertungkus lumus bergerak ke sana sini untuk mempromosikan dirinya sebagai calon PKR yang kuat. Beliau bertegas bahawa beliau adalah orang yang paling layak untuk menjadi calon pembangkang di Kota Marudu tanpa mengambil kira calon-calon pembangkang yang lain.

Tindakan Anthony Mandiau ini sebenarnya bertentangan dengan Datuk Maijol Mahap yang mempunyai perancangan sendiri . Bagi Anthony Mandiau, Datuk Maijol Mahap sebenarnya seorang budak hingusan yang masih kencing malam. Menurut Anthony Mandiau, suatu ketika dahulu, Maijol telah mentertawakannya kerana telah menyertai PKR pada tahun 2007. Tetapi lihat pula apa yang berlaku sekarang, Datuk Maijol Mahap pula mengikuti tindakannya keluar parti. Anthony Mandiau bertegas bahawa "By hook or by crook", dia mesti menjadi calon pembangkang di Kota Marudu.


Di pihak DATUK MAIJOL MAHAP pula yang sekarang ini "teraba-raba" dalam gelap serta tiada pendirian merasakan bahawa jasanya dengan meninggalkan BN untuk menyertai pembangkang harus disokong oleh rakyat. Menurutnya perjuangan yang dibawa olehnya harus diteruskan dalam membawa arus perubahan kepada rakyat Kota Marudu.

Datuk Maijol Mahap bekas Naib Presiden UPKO meninggalkan BN-UPKO dengan mempromosikan dirinya sendiri sebagai calon yang layak di kem parti pembangkang dan menjadikan "kemiskinan" sebagai alasan utama untuk beliau berjuang. Tetapi persoalannya, pada masa sekarang ini , adakah beliau sudah memulakan kerja-kerja yang dijanjikan iaitu membasmi kemiskinan sejak meninggalkan BN-UPKO? Tepuk dada tanya selera.

Apa yang kita lihat pada masa sekarang ini ialah, Datuk Maijol Mahap "Tidak Berparti". PKR pun bukan, STAR pun bukan, SAPP pun bukan....apatah lagi PAS....hahaha. Tetapi beliau menegaskan bahawa beliau berjuang melalui Angkatan Perubahan Sabah (APS)...yang bukan sebuah parti dalam PRU-13 ini. Boleh percaya ka ini orang???? Parti pakai ka ini orang??? Ini lah yang dinamakan sebagai budak hingusan.


JOHN MITAH MIKAT, Naib Pengerusi SAPP Kota Marudu, dilihat sebagai "Kacau Daun" oleh pengundi di Kota Marudu. Beliau dilabel sebagai "pengacau" dan cuba untuk "memecah-belahkan" pengundi. Disebabkan jawatan beliau dalam SAPP sebagai Naib Pengerusi di Kota Marudu, beliau merasakan bahawa beliau juga layak untuk bertanding sebagai calon parti pembangkang dalam PRU-13 akan datang ini.

Menurut beliau, parti SAPP yang diwakilinya berjuang untuk rakyat Sabah dan menyeru rakyat di Kota Marudu supaya menolak PKR serta STAR kerana SAPP telah berjuang sejak sekian lama. Menurutnya, PKR adalah parti yang tidak menentu dan suka menabur janji-janji kosong. STAR pula menurutnya adalah sebuah parti yang baru dan perjuangan mereka "meniru" perjuangan SAPP selama ini. Bagi nya, "Lawan Tetap Lawan", perebutan untuk menjadi calon parti pembangkang adalah perkara biasa.

Melihat kepada tindakan John Mitah Mikat ini, terdapat orang-orang kuat parti pembangkang lain di Kota Marudu merasakan bahawa John Mitah Mikat ini adalah "NOTHING" a.k.a "Tin Kosong" a.k.a "Eksyen Saja Lebih". Betul la ni ye??? Hihihi....

DATUK GEORGE SANGKIN, Bekas Naib Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Marudu ketika zaman PBS suatu ketika dahulu pada masa sekarang dilihat sedang mengiatkan usahanya untuk melobi dan menaikkan dirinya sebagai salah seorang lagi parti pembangkang dari kalangan PKR. Nahhhhh....INI KALILAH!!! Bagus juga itu, biar lah beliau bersaing dengan Anthony Mandiau....itu pun kalau betul Anthony Mandiau menjadi calon....hahaha.

Setelah lama menyepi dari membuat sebarang hala tuju arah perjuangan politiknya, akhirnya beliau telah keluar dari PBRS dan menyertai PKR semasa di Kinarut Sabah awal tahun 2012 yang lepas.
Penyertaan George ke PKR Kota Marudu dianggap sebagai pencabar kepada Anthony Mandiau walaupun dalam kem yang sama. Menurut penyokong kuat George Sangkin, pengalaman beliau yang juga bekas Ahli Parlimen harus diiktiraf oleh parti dan rakyat.

Kemasukannya ke kem PKR pada peringkat awal dianggap sebagai memberi kekuatan kepada parti itu yang diterajui oleh Ketua Cabangnya, Anthony Mandiau yang kini giat aktif turun padang ke seluruh pelusuk kawasan itu untuk meraih sokongan. Walau bagaimanapun, keretakan antara mereka seakan-akan telah berlaku dan ini telah menyebabkan penyokong-penyokong mereka ada yang sudah berpecah belah. Mereka mendesak supaya Datuk George Sangkin patut diletak sebagai calon PKR dalam PRU-13 yang akan datang walau pun nama Anthony Mandiau pun disebut-sebut juga.

Parti STAR??? Apa pula jadi dengan STAR??? Tidak masuk dalam senarai ka? Hahaha....sebenarnya calon dari STAR pun termasuk juga tetapi orang-orang STAR di Kota Marudu "Main Senyap-senyap". Menurut masyarakat di Kota Marudu, penyokong-penyokong STAR berusaha untuk menaikkan nama calon STAR mereka untuk PRU-13 yang akan datang ini. Pada masa sekarang mereka sedang menganalisa pergerakan pergerakan parti-parti pembangkang yang lain dan ingin merebut peluang dari kelemahan yang ada.

DR. NELSON MISSIN, seorang nama yang tidak dikenali oleh pengundi di Kota Marudu berusaha juga untuk menjadi calon parti pembangkang di Kota Marudu atas tiket STAR. Menurut orang kuat STAR, Dr. Nelson adalah calon yang paling layak kerana beliau adalah "Nadi" kepada perubahan masyarakat Kota Marudu. Tambah mereka lagi, Dr. Nelson adalah utusan yang dipercayai oleh Dr. Jeffery Kitingan untuk meneruskan perjuangan STAR bagi memerintah negeri Sabah ini. Boleh percaya ka ni? Hahaha.....

Apapun, perjuangan dan perebutan sesama sendiri oleh nama-nama yang disebut tadi haruslah diambil iktibar oleh pengundi di Kota Marudu. Jangan hanya kerana termakan janji-janji mereka, rakyat di Kota Marudu berpecah belah.....sekarang pun pengundi keliru dan berpecah belah.

Perebutan yang berlaku antara mereka untuk menjadi calon sebenarnya satu petanda bahawa parti pembangkang di Kota Marudu berada dalam perpecahan dan ingin berjuang untuk memenuhi agenda perjuangan masing-masing.

LAIN KALILAH...!!!
comments (5) | | Read More...

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger