Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Beautiful Malaysia - Sabah

Topik Seks - Khas Untuk Lelaki

Topik Seks - Khas Untuk Wanita

Artikel Berkaitan

Parti Pembangkang Sabah SAPP, STAR, PKR, DAP Dan PAS Kurang Menyengat

Penulis : Unknown on Monday 19 March 2012 | 14:38

Monday 19 March 2012


APABILA melihat kepada senario politik yang berlaku di negeri Sabah sekarang ini, jelas menunjukkan parti pembangkang tidaklah sehebat mana seperti yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak dengan kata lain kurang menyengat. Mungkin mereka kini ketandusan idea-idea atau strategi untuk mengenakan kerajaan BN sekarang.

Usaha murni Perdana Menteri Dato' Seri Najib memperkenalkan beberapa kaedah atau program untuk mengembalikan keyakinan rakyat untuk menyokong kerajaan pempinan beliau kini diterima dengan baik. Gagasan 1Malaysia, Program Tranformasi sama ada kerajaan dan ekonomi begitu juga model ekonomi baru, telah memperlihatkan satu lagi anjakan minda yang harus disokong oleh rakyat supaya negara kita boleh bersaing di peringkat global.

Impian pembangkang untuk merampas Sabah dari kerajaan BN dalam pilihanraya umum akan datang semakin pudar. Secara peribadi saya membuat kesimpulan bahawa pakatan parti pembangkang di Sabah terlalu longgar. Ini disebabkan setiap parti pembangkang di Sabah cuba menonjolkan pengaruh mereka masing-masing tanpa mempunyai gabungan yang utuh untuk menumbangkan kerajaan yang sedia ada. Sebagai contoh pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi yang lepas, telah terbukti PKR dan SAPP tidak sehaluan sehingga kedua-dua calon yang mewakili parti masing-masing bercakaran atau tuduh menuduh di antara satu sama lain. Dan peluang ini telah diambil sebaik mungkin oleh BN untuk melaksanakan agenda mereka tanpa berkerja membanting tulang untuk mempertahankan kerusi tersebut.

Alasan yang kedua adalah PKR di Sabah seolah-olah tidak mempunyai kapten untuk mengemudi parti tersebut untuk menyakinkan rakyat bahawa mereka mampu membentuk kerajaan negeri akan datang. Sejak DS Zaid Ibrahim mengumumkan beliau terpaksa meninggalkan PKR, disebabkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti DS Anwar Ibrahim, telah memberi impak kepada Dtk Dr Jeffery Kitingan turut sama keluar dar PKR Sabah. Pada hakikatnya ketika itu, Dr Jeffery masih kurang senang terhadap tingkah laku DS Anwar yang kononnya banyak berjanji tetapi tidak dapat melaksanakan permintaan Dr Jeffery termasuk DS Anwar enggan menandatangani Deklarasi Tambunan. Secara logiknya kalau belum berkuasa DS Anwar enggan memenuhi permintaan rakyat Sabah, apatah lagi beliau menjadi PM dan berkuasa!

Alasan ketiga, kewujudan parti baru yang berpengkalan di Sarawak iaitu STAR di bawah pimpinan Dr. Jeffry masih lagi terkial-kial mencari penyokongnya tetapi dalam masa yang sama DJK tidak sedar bahawa dia sebenarnya sedang menjolok sarang tebuan (PKR dan SAPP) yang kebetulan dalam masa mencari penyokong masing-masing. Oleh yang demikian, akan berlaku perebutan untuk mencari penyokong masing-masing. Maka tidak hairanlah unsur sabotaj yang melibatkan parti SAPP, STAR dan PKR akan wujud yang boleh menimbulkan konflik.

Alasan keempat adalah, rekod buruk pemimpin parti di Sabah iaitu Yong Teck Lee dari SAPP dan Dr. Jeffry Kitingan dari STAR tidak meyakinkan rakyat untuk menyokong mereka. Walaupun pada masa sekarang mereka mengisytiharkan bahawa mereka sudah mempunyai ramai penyokong sehingga ratusan ribu, sebenarnya keupayaan mereka untuk memimpin negeri Sabah belum dipercayai sepenuhnya. Tengok sahaja la YTL sewaktu menjadi KM Sabah dahulu, tiada sumbangan yang dapat dibanggakan. Tengok lah juga DJK yang suka melompat2 parti yang juga tiada pengalaman mengemudi negeri Sabah. Seolah-olah mereka ini umpama "badut" yang ingin merosakkan pemikiran rakyat untuk menyokong agenda politik peribadi YTL dan DJK ini.

Alasan kelima, unsur sabotaj dan perebutan kerusi pasti akan berlaku di kalangan parti SAPP, STAR dan PKR.....tolak PAS la. Kesepakatan memang tidak akan berlaku. Pada masa sekarang kita lihat dengan adanya "penubuhan" United Borneo Front (UBF) oleh DJK yang merangkumi STAR, SAPP dan USNO yang dikatakan akan memperjuangkan borneo, pastinya ia akan hancur. SAPP ada "kerjasama" palsu dengan PKR untuk bergabung menguasai Sabah, tetapi kenapa PKR tidak dimasukkan terus dalam UBF??? Dalam masa yang sama kita telah lihat bahawa TYL sudah mempunyai "FIKIRAN SENDIRI" untuk memenuhi agenda partinya. DJK pula sanggup berjuang dengan parti STAR dalam memenuhi agenda politiknya sendiri dan dalam masa yang sama akan membelakangi SAPP. USNO pulak??? Parti yang tidak wujud tetapi orang-orang USNO pasti akan memperjuangkan hak-hak mereka yang mewakili keistimewaan dan bangsa mereka juga dan akan "demand" dari SAPP dan STAR kelak. DAP pulak? Pada hakikatnya DAP akan menggunakan senjata rahsia mereka untuk memecah-belahkan perpaduan rakyat di Sabah. Dalam masa yang sama mereka akan menjadi virus kepada parti-parti di Sabah.

Alasan keenam, PERANG sesama parti pembangkang pasti akan berlaku sebab kesefahaman tidak ada dan mereka akan bercakaran sesama sendiri bagi menjamin kepentingan dan agenda parti.

Alasan terakhir, pada masa sekarang kerajaan persekutuan telah memberikan banyak peruntukan untuk tujuan pembangunan bagi Sabah dan Sarawak. Banyak projek kerajaan persekutuan yang terdiri daripada projek naik taraf jalan, loji air, bantuan rumah dan sebagainya telah dibuat di Sabah. Tetapi yang peliknya terdapat seolah-olah "orang buta" di Sabah terutamanya pembangkang menyatakan bahawa tiada projek persekutuan di buat di Sabah dan mereka mahukan permintaan setiap individu mesti ditunaikan....APA PUNYA pikiran "orang buta" ni.
comments (16) | | Read More...

Untuk Rakyat : Subsidi Oleh Kerajaan Yang Mencecah Billion RM

APABILA sudah diberi subsidi, ramai lg yang bising. Kalau ditarik balik subsidi, apa mcm? Mesti lagi la bising. Apa nak jadi la.....Begini la sifat orang-orang kita di Malaysia ni. Diberi betis nak kn paha. Aiyaaaa.....payah ni.
comments (1) | | Read More...

PANAS : Persamaan PAS, Syiah Dan Ajaran Sesat

Penulis : Unknown on Friday 16 March 2012 | 12:16

Friday 16 March 2012

CUBA anda nilai sendiri.....


BUAT penilaian sendiri :

PAS


SYIAH


AJARAN SESAT


*** PAS menuju ke arah syiah dan ajaran sesat selagi Islam digunakan untuk kepentingan peribadi dan politik.

*** Video ini di publish semula melalui blog yang tidak perlu disebutkan di sini. PEACE!!!
comments (1) | | Read More...

Malaysia Akan Bankrap Kalau Pakatan Rakyat Berkuasa : Tan Sri Ramon


TAN SRI Ramon Navaratnam, Pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam, Institut Strategik dan Kepimpinan Asia (Asli), berkata membuat kesimpulan bahawa Malaysia akan bankrap berdasarkan hakikat bahawa hutang kerajaan berbanding nisbah keluaran dalam negara kasar (KDNK) semakin meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, adalah kenyataan yang mengelirukan.

"Jika sesuatu tidak dilakukan untuk mengawal hutang yang semakin meningkat ini, memanglah perkara ini sesuatu yang serius, tetapi mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan mengambil langkah-langkah seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan yang ada sekarang untuk mengurangkan hutang, nisbah hutang berbanding KDNK serta defisit belanjawan," katanya kepada Bernama.

Dakwaan oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) baru-baru ini bahawa nisbah hutang kerajaan berbanding KDNK semakin meningkat saban tahun.

Navaratnam berkata sudah difahami bahawa pinjaman perlu dibuat untuk meneruskan pelaburan kerajaan dalam sekolah, hospital, jalan raya, landasan kereta api, lapangan terbang dan prasarana-prasarana utama lain.

"Diharapkan, hutang (yang ditanggung) yang telah dilaburkan untuk membiayai kemudahan-kemudahan prasarana ini akan menghasilkan pulangan pelaburan yang berdaya maju dan merangsang pertumbuhan ekonomi.

"Apabila KDNK meningkat dan hutang berkurangan, nisbah hutang berbanding KDNK akan lebih baik," tegas beliau.

Dengan menjadikan seseorang yang diserang selesema sebagai analogi, Navaratnam berkata: "Jika seorang itu tidak mengendahkan selesema itu, tidak mengambil ubat, tidak mengambil langkah-langkah untuk melawan selesema itu dan tidak membina kekuatannya, penyakit itu mungkin melarat dan menjadi radang paru-paru.

"Sesiapapun yang rasional akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk sembuh daripada selesema itu dan mencegah penyakit lain.

"Inilah juga cara ekonomi bertindak," kata beliau.

Navaratnam menegaskan, ada kalanya ekonomi Malaysia mengalami tekanan yang hebat, khususnya sekarang, daripada kesan sampingan prestasi lemah ekonomi di AS, Eropah dan Jepun.

"Kita tidak perlu merasa cemas dengan dakwaan tentang negara menjadi bankrap, kerana ini tidak benar," tegas beliau.

Setiausaha Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa Kementerian Kewangan,  Dr Sundaram Annamalai, pada bulan Oktober tahun lepas telah berkata yang kerajaan komited untuk memastikan nisbah hutang berbanding KDNK berada di bawah 55 peratus menjelang 2020.

"Kita mahu pastikan yang ia tidak melebihi 55 peratus pada 2020," kata beliau pada majlis Dialog Pasca-Belanjawan 2012 yang dianjurkan oleh Persatuan Ekonomi Malaysia.

"Di bawah Model Ekonomi Baru, kita sepatutnya membawa ia hampir kepada keseimbangan, tepat menjelang 2020," kata beliau.

Nisbah hutang berbanding KDNK kerajaan persekutuan untuk 2011 dijangka sekitar 53.8 peratus dan 54.8 peratus tahun ini.

Menjawab pertanyaan yang sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telah menolak dakwaan serupa yang menyatakan negara akan menjadi bangkrap menjelang akhir dekad ini, sambil menambah yang ia adalah permainan politik pihak pembangkang dalam usaha menakutkan orang ramai.

Beliau berkata perbelanjaan domestik telah meningkat setiap tahun.

"Jika orang ramai mempunyai kebimbangan terhadap kerajaan, mereka tidak akan berbelanja.
"Tetapi, ia berlaku sebaliknya. Perbelanjaan domestik meningkat setiap tahun.
"Orang ramai tidak takut untuk berbelanja kerana mereka tahu negara ini amat progresif," kata beliau.

Nor Mohamed berkata sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, rakyat telah menikmati taraf hidup yang lebih baik dan seseorang itu tidak seharusnya melayan dakwaan yang negara akan bankrap.

Beliau berkata sejak beberapa tahun lepas, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai strategi untuk meningkatkan tafa kehidupan rakyat dan ekonomi negara menerusi pelbagai program, dan yang terbaru, antaranya, ialah Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Luar Bandar
comments | | Read More...

SAPP Baling Batu Sembunyikan Tangan : Berlagak "Hero" Persoalkan RCI

Penulis : Unknown on Thursday 15 March 2012 | 16:33

Thursday 15 March 2012

BALING batu, sembunyi tangan. Ini lah perumpamaan yang paling tepat kita boleh labelkan kepada parti SAPP ini. Berlagak macam hero mendesak kerajaan supaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan dengan pendatang asing tanpa izin (PTI), tetapi pekung di dada SAPP yang terbuka mereka tidak sedar.

SAPP terutamanya perlu juga membuat Kajian Terperinci berapa ramai orang Cina dari negara China, Cina Taiwan khususnya Cina Indonesia yang datang ke Sabah, menetap di Sabah, berniaga di Sabah, menjadi rakyat Sabah cara bagaimana dan akhirnya anak cucu mereka menjadi rakyat Sabah yang mereka sembunyikan daripada dipersoal, dikaji dan dicartakan jumlah mereka?

Jika anda ke gereja-gereja di Sabah hari ini, didapati wajah-wajah yang asing bukan Kadazan, bukan Cina Sabah, asing sekali wajah dan tutur kata mereka dengan masyarakat tempatan Sabah. Dari manakah pula mereka, Cina tetapi bukan Cina Sabah. Mereka ini pernahkah anda dengar mereka persoalkan khususnya parti SAPP yang begitu rakus menjadi hero berat sebelah?

Jika mereka bercakap dari sudut Sejarah, mereka patut pergi mengkaji di Universiti-Universiti di Belanda di mana banyak tersimpan manuskrip-manuskrip lama sebelum British menjajah Sabah. Ketika itu, daerah Tawau dan Sabah, dalam kajian beberapa pensyarah UMS dan pengkaji luar dari Australia dan Belanda, menunjukkan sebelum British menguasai kawasan Pantai Timur Sabah, kawasan-kawasan itu sudah pun mempunyai Pentadbiran Sendiri yang diketuai oleh orang-orang Melayu dari suku Bajau, Banjar dan Bugis.

Bagi ketelusan, kita juga meminta menyiasat pendatang-pendatang Cina dari China, Cina Taiwan, Cina Indonesia, dan seumpamanya untuk lebih adil. Jangan parti SAPP asyik membuat desakan sahaja tetapi bilangan orang-orang mereka di Sabah ini perlu juga dipersoalkan.

Adakah SAPP mempunyai Data orang Cina dari China, orang Cina Taiwan dan Cina Indonesia yang sudah menjadi rakyat Sabah dan mengundi? Kalau tiada minta SAPP tutup mulutlah.
comments | | Read More...

123 BANGKIT Gagal! PAS Sabah Bakal Kana Tarajang Dari Bumi Sabah

NGO TABAH (Bela Tanah Rakyat Sabah) dengan slogan 123 Bangkit telah mengadakan Himpunan Rakyat Sabah pada 12 Mac 2012 lepas di Pejabat Ketua Menteri Sabah, Wisma Innoprise. Perhimpunan yang dijangkakan pada awalnya akan di hadiri lebih kurang 5000 orang ini bertujuan untuk mengemukakan Memorandum kepada Ketua Menteri Sabah mengenai isu Tanah Adat Sabah yang didakwa tidak diberikan perhatian oleh Kerajaan di bawah Barisan Nasional.

Perhimpunan 123 Bangkit merupakan perancangan daripada PAS dengan satu tujuan, untuk menghasut anak negeri Sabah, terutamanya yang berugama Islam untuk bangkit menentang Kerajaan Negeri BN.

Pada kami, apa yang Mat Said katakan tentang PAS iaitu, Parti Ajaran Sesat, sebagai tidak tepat. Sepatutnya PAS ini dilabelkan sebagai Parti Ajaran Syaitan!

Ada yang nak marah? Siapa lagi kalau bukan syaitan yang kerjanya menghasut 24 jam?!!

Kalau DAP diberikan porfolio untuk menghasut rakyat yang beragama Kristian untuk menuntut RCI bagi mempersoalkan status rakyat Islam Sabah yang dikatakan sebagai pengundi import BN daripada negara jiran, PAS pula menghasut orang Islam.
 

Mana-mana yang bukan Islam akan diIslamkan terlebih dahulu mengikut ideologi sesat PAS, mengikut modul PASTI. Semoga Allah SWT menerima iman dan akidah mereka yang memeluk Islam melalui PAS ini.

Cuma yang peliknya, kalau DAP menentang jumlah orang Islam Sabah yang ramai, PAS pula sibuk memperjuangkan hak tanah mereka. Adakah mereka ingat rakyat Sabah ini bodoh belaka semata-mata kerana mereka tidak berpelajaran tinggi?!!
 
Berbalik semula kepada program 123 Bangkit PAS, daripada 5000 yang dijangka hadir, hanya 300 sahaja yang rela diperkuda dan diperbodohkan. Itulah jadinya kalau otak letak di lutut. Mereka ingat orang kampung senang-senang untuk diperbodohkan.

Mereka ini sebenarnya mempunyai akal fikiran yang jauh lebih baik daripada juak-juak PAS kerana mereka tahu untuk membezakan mana musuh dan mana kawan. Mana yang patut disokong dan mana yang patut ditolak ke laut.

Rakyat Sabah juga sedar yang PAS dan FUCKATAN ini PENIPU al Munafikuun terbesar yang hanya mahukan hasil negeri untuk ditarah oleh pemimpin dan kroni-kroni mereka. Sebab itulah gerakan 123 Bangkit ini GAGAL!!!

TAHNIAH ANAK-ANAK SABAH!!! Kalau lah semua rakyat Malaysia bijak dan rasional macam anda...


*Maklumat di atas diambil terus daripada salah seorang blogger pro fuckatan tanpa meminta izin. Harap maklum.
 
comments (1) | | Read More...

Mahathir : NGO Menyokong Anwar Dibayar AS Untuk Guling Kerajaan

Penulis : Unknown on Wednesday 14 March 2012 | 12:33

Wednesday 14 March 2012

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibayar oleh Amerika Syarikat (AS), bagi tujuan menggulingkan kerajaan yang dilihat tidak sebulu dengan kehendak mereka.

Menurut Dr Mahathir, tindakan AS di Asia Barat jelas menunjukkan bukti bahawa kuasa barat berkenaan sedang berusaha untuk menukar pemerintahan pemimpin yang tidak sebulu dengan mereka, dan melantik individu lain bagi membolehkan AS memperalatkan negara berkenaan.

"Campurtangan AS dalam gerakan untuk menjatuhkan kerajaan negara-negara yang tidak sebulu dengannya amatlah jelas. Apa yang sedang dilakukan oleh Amerika Syarikat di negara Arab sudah tentu dilakukan juga di Malaysia. NGO-NGO yang sedang menghasut dan memburukkan kerajaan supaya Anwar Ibrahim dapat menjadi Perdana Menteri tentu sekali mendapat bantuan kewangan dan media Amerika," katanya merujuk kepada penangkapan 10 rakyat AS di Mesir yang dipercayai ahli daripada beberapa NGO dari Amerika yang terlibat kononnya untuk membawa demokrasi kepada Mesir.

Di antara mereka yang ditangkap adalah ahli kepada National Democratic Institute (NDI), International Republican Institute (IRI) dan Freedom House, dan kesemua mereka menurut Newsweek telah “memperolehi dana daripada AS”.

"Mereka kononnya tidak puas hati dengan dasar kerajaan berkenaan hak asasi manusia termasuk seksualiti bebas (menghalalkan zina, perkahwinan sejenis, menghapuskan institusi perkahwinan dan kekeluargaan dan liwat). Sebenarnya tujuan mereka ialah untuk menjayakan hasrat Amerika Syarikat untuk melakukan "regime change" supaya Malaysia menjadi alat Amerika Syarikat," katanya di dalam blog "Chedet" miliknya.

Jelas Dr Mahathir lagi, apabila Anwar mula berkuasa sebagai perdana menteri, segala tuntutan NGO berkenaaan akan dihalalkan dan berkemungkinan juga Ketua Umum PKR itu akan mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel.

"Sudah tentu setelah Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia, tuntutan NGO-NGO berkenaan akan dihalalkan. Sebagai penyokong kuat Israel, AS tetap akan memujuk Anwar supaya mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu," katanya lagi.

Tambah beliau, rakyat seharusnya bertindak bijak dengan menolak mana-mana pihak yang ditaja AS bagi mengelakkan negara dikongkong dan dijajah oleh mereka yang cuba menukar kerajaan secara haram.

"Malaysia merdeka. Tetapi apabila kuasa asing dapat menukar kerajaan dengan pelbagai cara yang haram, apakah Malaysia akan terus merdeka?" soalnya dan menambah terpulng kepada rakyat untuk membuat pilihan.

"Tetapi terpulanglah kepada rakyat Malaysia. Jika mereka suka Malaysia menjadi alat Amerika Syarikat (penyokong kuat Israel), sokonglah puak yang menerima bantuan dan sokongan Amerika Syarikat, tetapi jika kita ingin betul-betul merdeka, tidak dikongkong oleh Amerika Syarikat dan sekutunya, tolaklah mereka yang sanggup diperalatkan oleh Amerika Syarikat untuk menukar kerajaan," katanya dalam entri terbaru blognya yang bertajuk "Peperangan Mesir Melawan NGO".
comments | | Read More...

UBF Tidak Mampu Gugat SAPP : Naib Presiden SAPP

Penulis : Unknown on Thursday 8 March 2012 | 14:22

Thursday 8 March 2012

ALKISAH SUATU KETIKA DAHULU.......United Borneo Front (UBF) tidak mampu menggugat Parti Maju Sabah (SAPP), kata Naib  Presiden SAPP Jimmy Jawatah. 

“Ia tidak mengelirukan rakyat khususnya penyokong dan ahli ahli SAPP di pedalaman kerana mereka telah komited dengan misi dan visi perjuangan SAPP,” katanya mengulas penubuhan UBF oleh bekas Naib Presiden PKR Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
 
Bagaimanapun, katanya,  terpulanglah kepada rakyat untuk memikirkan hala tuju penubuhan  UBF tersebut. UBF tidak menjadi parti politik sepertimana yang dijanjikan oleh Jeffrey sebelum ini semasa mengumumkan penubuhannya.

Pemimpin SAPP Kemabong, Saul Salleh bagaimanapun, berkata beliau tidak akan terpengaruh dengan penubuhan UBF walaupun mahu menumbangkan BN dalam pilihanraya umum nanti.

Sebaliknya, beliau tetap komited dan yakin dengan hala tuju perjuangan SAPP yang berkonsepkan sebuah parti tempatan.
comments | | Read More...

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger